Thursday, January 16, 2014

Cara mencegah jerawat



1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.
Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
Supplement untuk merawat Jerawat:
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Wednesday, January 15, 2014

Masker terbaik dari shaklee - kulit makin anjal dan gebus - murah




Ambil sesudu susu tepung dan campur dengan sedikit air serta campurkan sebiji vitamin E Shaklee. Kacau rata sehingga sebati. Pupurkan ke muka selama 5 - 10 minit. Kemudian bilas dgn air bersih. Amalkan dgn 2 - 3 kali seminggu. InsyaAllah wajah akan nampak lebih putih dan bersih.

2) Licinkan Kulit Wajah

Ambil putih telur dan campurkan dgn sedikit madu (utk kulit biasa) @ limau nipis (utk kulit berminyak) beserta sebiji Vitamin E Shaklee. Celupkan tisu ke dlm campuran putih telur tadi dan letakkan seluruh muka selama 15 - 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. 'Whitehead' dan bintik hitam akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu utk kesan yg memuaskan.

3) Menghilangkan Parut Jerawat

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk dan ditambah dengan sebiji vitamin E Shaklee. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

4) Kulit Muka Licin Berseri
Ambil satu sudu besar Yogurt (perisa natural)kemudian tambahkan sebiji Vitamin E Shaklee, kemudian sapu pada keseluruhanbahagian muka. Buat seperti masker.. biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering..
 Menarik bukan? boleh di buat masker juga.. Aktiviti cuti mommy n si kecil jugak.. anak saya suka bila di sapukan masker... sejuk sejuk.. Nak dapatkan hasil kene laa cuba... nak cuba boleh call saya untuk trial pack percuma. zura 016-3237822

Energizing Soy Protien



Fungsi ESP
 
1) Fungsi utama protien adalah untuk membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel lama. Sel adalah sel unit terkecil dalam badan kita. Sel--->Tisu--->Organ--->Sistem. Makanya, kalau kita nak elokkan sistem, kita perlu baiki sel dulu iaitu unit yang paling asas. Protein adalah makronutrient yang paling penting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru. 


2) Beza ESP dengan sumber protien lain---->> ESP merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. ESP mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.




KESAN SEL YANG SIHAT....

Apabila sel-sel dalam badan kita sihat, makan ia terzahir dengan hasilnya di luaran. Antara side effect positive dengan pengambilan ESP, ia menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.Jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

2) Beza ESP dengan sumber protien lain---->> ESP merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. ESP mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Vitamin untuk kulit sihat



Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?


Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

__sumber: utusan.com.my_


 Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertai Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Friday, January 10, 2014

4 Helah Untuk Kawal Selera Makan Anda

Tanpa kita sedari dalam aktiviti seharian kita, ada banyak perkara yang mendorong kepada nafsu makan yang meningkat mendadak. Ha, lepas tu mulalah pening kepala bila berat badan pun ikut bertambah. Lebih-lebih lagi untuk anda yang banyak menghabiskan masa di pejabat. Dengan suasana sejuk di pejabat pasti sahaja mengundang rasa lapar. Okay, jom baca empat trick mudah dan kawal selera makan anda!

Jangan skip waktu makan

Jika anda rasa skip waktu makan boleh mengurangkan berat badan, anda ternyata salah! Walau sesibuk mana pun anda, makanlah pada masa yang betul. Anda boleh merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat. Cara ini bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal.
Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuatiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.

Dapatkan tidur yang cukup

Eh, apa kaitan tidur dengan selera makan? Ha, kalau anda nak tahu ada yang menyangka kurang tidur mungkin dapat membakar lebih kalori. Baiklah, ini kebenarannya. Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.
Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.

Minum air yang banyak!

Apabila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon agar terdapat sedikit perasa .  Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.

Periksa sebab rasa lapar

Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut.  Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata. Ia lebih kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada kegemukkan. Ouch!-RAPI