Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Kenapa collagen powder Shaklee hanya ada di Malaysia

Saya nak tulis pendek je kali ni, nak cerita kenapa collagen powder produk jenama Shaklee hanya dipasarkan untuk pasaran Malaysia. Dalam banyak-banyak kolagen di pasaran, saya memilih jenama Shaklee sebab..hmm bukan semata-mata sebab saya ni distributor Shaklee. ada banyak sebab..I taknaklah  ulang la type sini..  korang baca semula kat link ni ada I cerita dulu.. klik kelebihan-kolagen-shaklee

 Dan I nak tambah satu lagi, untuk pengetahuan korang, Collagen Powder Shaklee ni hanya ada di pasaran Malaysia tauuu.. Haritu kat Global Conference Shaklee di US, distributor Shaklee US jeles sebab kat sana tiada...hihi.. Haa so korang ni bertuah. Ada yang tanya saya kenapa kolagen hanya ada di Malaysia tapi tiada di market US...  Kalau i nak terangkan panjang lebar la pulak.. Saya ringkaskan macam ni lah .. Ini berdasarkan apa yang faham lah..hihi... Ada banyak sebab,faktor dan kriteria kenapa Collagen Powder hanya ada di Malaysia. 

Macam yang saya cerita sbelum ni, Shaklee akan buat kajian (R&D ) dahulu sebelum keluarkan satu-satu produk... bertahun ye....bukan main bancuh bancuh dan tempek label sahaja. Kajian untuk produk dihasilkan dibuat berdasarkan beberapa faktor contohnya siapa yang perlukan,apa bahan2 yg digunakan.bahan tu pulak berbahaya ke tidak, tempat untuk dipasarkan kena kaji gak.. kat negara mana, iklim negara,keperluan masyarakat,...and lots more factor kene amik kira..,, packaging pun tak sama untuk setiap negara.. Contoh mcm nutriferon dlm bntuk powder kat malaysia . kat sana dalam bentuk tablet...pastu packaging kat US botol besar2 tau.. teringat aritu produk Vitalea besar sungguh botol. Canister performance drink pun besar.. maybe market sana diorang suke botol besar2... kat Malaysia ni suka botol kecik2..hihi.. pastu kene ingat cuaca kat Malaysia tak sama mcm kat US,,, kulit org asia pun tak sama dengan kulit matsaleh... itu belum sentuh rules dan regulation KKM.. kementerian kesihatan malaysia.. .mesti halal.. bukan boleh main pek gitu jer,.jadi special untuk malaysia okay.... sbb tu team US kene pastikan produk yg dihasilkn utk org malaysia comply dgn regulation KKM malaysia.. 

Ketika NC di Malaysia bulan Jun lepas, ada saya tanya dengan Roger,. I tanya kenapa vitalizer gold ada kat US.. takde kat Malaysia.. smart tau packaging diorang.. 4 jenis vit dalam satu pek.. Roger ckp..byk faktor kene amik kira.. bukan boleh main terus antar kontena produk kat Malaysia..kene comply rules .. sbb certain negara tak benarkan pack byk jenis vitamin dalam satu pek...pastu teringat gak time borak2 lunch session dgn MOM2 kat US.. diorang pun takde cinch tea mcm kita.. cinch tea diorang flavor promegranet kalo tak silap I.. eh panjang lagi lak kalao nak cite.... Nantilah cerita lagi pasal ni
copy dari  http://www.mamafaiz.com/

sementara ada promosi collagen untuk september baik cepat-cepat rebut peluang untuk menganjalkan kulit keseluruhan badan...
tak yah botok-botok lagi... Ade kat Malaysia aje tau... 

ikut permehartian saya... geng-geng shaklee yang ambil collagen semua nye nampak lagi muda n makin hari makin jelita... saya masih dalam proses ke arah jelita itu...



Monday, September 8, 2014

Tips Luka Cesarean (Pembedahan) Sembuh

11 Tips Luka Cesarean (Pembedahan) Sembuh.

Melahirkan anak secara pembedahan (Ceaserean) memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi..memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi, penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina. Oleh itu, saya nak share kan sedikit tips-tips yang boleh puan-puan ambil untuk mempercepatkan luka pembedahan puan cepat sembuh, moga ianya boleh dimanfaatkan ye…





Antara tips-tips berikut adalah:

1. Membuat pergerakan diawal pembedahan

Mungkin ramai ibu-ibu yang tak berani nak bergerak selepas pembedahan yang besar, alasannya kerana takut benang jahitan akan terbuka tapi kalau kita membuat sebarang pergerakan ia akan mengurangkan risiko darah beku dan fenomena jahitan terbuka ini memang jarang sangat nak berlaku..tapi bila nak bergerak tu mintalah bantuan ahli keluarga atau jururawat ye terutama pada beberapa hari selepas pembedahan


2. Makan makanan berzat dan seimbang

Selepas pembedahan, kita akan kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin jadi di sarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya

Seperti yang kita tahu air adalah agen pembuang toksin dalam badan namun ada juga mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang, nak percaya atau pun tak saya pun tak pasti tapi dah namanya pun mitos kan. Kita disarankan untuk meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air, kerana jika kita kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional

Pengambilan herba-herba dan ubat tradisional ni memang popular di kalangan kita terutamanya dalam masyarakat melayu tapi tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

Jadi nasihat saya sebelum nak ambil apa-apa ubat tu, mintalah nasihat orang yang berpengalaman dalam bidang ubatan tradisional dulu ye.




5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin selepas pembedahan amatlah digalakkan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam nadan kita dengan lebih cepat dan proses penyembuhan akan menjadi leih cepat ini adalah kerana semasa pembedahan, anda akan kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal dan kehilangan darah ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh.

6. Makan pil penahan sakit

Memang tidak disarankan untuk para ibu mengambil pil penahan sakit ini namun sakit yang keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Untuk itu dapatkanlah ubat penahan sakit yang sepatutnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu tapi gunalah angin yang sejuk ye jangan yang panas pula nanti rasa sakit pada kesan jahitan tu pulak. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.okay rasanya sampai di sini sahaja artikel saya kali ini ye..harap-harap artikel ini bermanfaat untuk anda semua…:)


credit 2  https://www.facebook.com/RumahtanggaHarmoniKeluargaBahagia

Thursday, September 4, 2014

UMPAMA BELI KFC TAPAU MAKAN KAT MCD

Salam JUmaat.... idea untuk nak kongsi hari datang n terhasil selapas banyak sangat sangat ribut taufan berkenaan tak eloknta shaklee... boleh bawa mudarat laa...sokong israel laa... memacam laa...  umpama macam kapal terbang hilang...memula MH370 lepas tu MH 17... pastu merebak-rebak kapal terbang negara lain skali... camtu laa juga dengan shaklee tak ketinggalan dengan fenomena ribut taufan dia...

Apa yang berlaku aku akan tetap kental mengharugi nya... bagi aku maybe ini adalah dugaan untuk aku nak jadi master shaklee... insyaallah korang yang baca doakan tau... Noor baizura master coordinator shaklee 2016 nak g USA... jeles k tengok dia orang g sane di layan umpama duta kecil... UPSSSS lain pluk topik dia... itiu nak crite entry lain... abis idea acik nanti...

Bebaru nie pasal ribut taufan shaklee bersekongkol dengan israel... Alhamdulillah masalah itu dah terjawab dengan jaya.. Di jawab sendiri oleh CEO shaklee...
Yang terlama kisah pasal mealsshake dedak ayam... Pun alhamdulillah dah selesai n terjawab.
Yang sekarang nie pasal GLA Shaklee penyebab perut bengkak... Ish ish seram pluk aku rase.. Cam kene buatan orang...Tapi buatan orang pas beberapa bulan baru nampak kembung nya kan...

Dah melalut dah...
Ok pasal GLA kompleks tu pun alhamdulillah dah terjawab juga..

Itu laa apa sahaja yang kita nak buat n nak berbisness mesti wajib laa bagi saya berilmu n penjual menggunakan produk tu.. SO bila ade ilmu dan kita gunakan produk tu... apa aje masalah yang timbul insyaallah kita tak kan cepat mengelabah or terus tutup kedai..

Macam isu GLA tu boleh menyebabkan cyst..
Maybe bagi saya SID dia tak kenal bebetul siapa pembeli dia dan tak menerangkan bebetul pasal suplemen tu.. sebab sekarang nie SID shaklee memang ramai beribu-ribu lemon... so pembeli kene laa pandai n bijak mencari memilih penjual..

Saya banyak dapat kes macam nie... saya rase bukan saya sorang kot ramai yang dah terkene..
Situasi nya macam nie... Si A nie kate nak beli dengan saya suplemen tapi nanti laa... Ok alhamdulillah maybe rezeki saya... Tup tap tip tap 3 minggu kemudian mesage saya cari nak makan suplemen shaklee macam mane time bile... tak kan heran tu... Tapi takpe saya kongsi kan aje laa sesikit.. Niat nak menolong kan tapi sesikit laa kalau dia customer insyaallah berlebih kot saya terangkan.. itu satu hal

NIe situasi yang lain pluk.. kawan baik kita bertanya cara macam mane nak makan suplemen shaklee...bile tanye kenape ko tanye nanti ko beli aku bagi laa jadualnya.. Rupa-rupa nye dah beli ngan orang lain...Sebab kawan baik takpe laa aku tolong...
Ikut kan law nye siapa yang awk berurusan tanye laa dia...

UMPAMA BELI MCD MAKAN KAT KFC
camtu laa

 memilih saya sebagai penjual terima kasih.
insyaallah saya akan bantu selagi mampu. tapi kite kene laa ade give n take.. baru laa bersemangat nak memberi.. kekadang saya banyak sangat memberi cam syok sendiri pastu baru teringat aku nie macam menyibuk pluk.. tu yang terkedu trus tersenyap..

nak dapatkan produk shaklee boleh pm or watsap saya 016-3237822 @ https://www.facebook.com/Yuyaisihat?ref=bookmarks

Wednesday, September 3, 2014

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.


di copy paste dari https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236.176260.373560576236/10151115187611237/?type=1&fref=nf

Wednesday, August 27, 2014

AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN

Sedihnya baca perkongsian ikhlas dari seorang pengguna shaklee... meh saya kongsi kan untuk korang semua baca... nak menitik air mata baca kisah ayah dia ke gout 20 tahun tu bukan masa yang sekejap.. dan setahu saya gout nie kalau datang menyerang sangat sakit nak jalan pun susah...

KISAH BENAR
----------------------
[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]
Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun.Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon.Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.
Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan.katanya kakinya amat sakit.nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.
“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?”
“Adakah ayah lumpuh?”
Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu.Terbantut nak bersukaria.Hari yang gembira bertukar menjadi duka.Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta.Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran.Ayah diberi Pill Killer.
Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang.Dah jadi macam gula-gula.Goutnye kerap bertandang.Sekarang makin teruk.Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan.Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu.Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir.
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut.
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan.Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap…Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih.
1 hari..tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee.Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan.Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali.wahh menarik!!teruja saya nak berikan kepada ayah saya.Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol.tiba waktu makan,saya SMS ayah.
“Ayah dah makan OMEGA?”
“Dah makan ALAFA?”
Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat.Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.
Hari yang cerah.Ayah baru pulang dari cek up di hospital.Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.
“Kertas apa ni?”
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
“Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah
Dah setahun ayah bersama Shaklee…saya asyik intai je kakinya.tiada lagi bengkak…tiada jalan hinjut-hinjut…tiada nanah besar-besar.
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…
Terima kasih Allah…..
"..Why i love this amazing company....Not a ringgit was earned without somebody first helping somebody else become healthier, giving somebody an opportunity to have better life for their family, making planet a more sustainable place.."~CEO Shaklee Corporation

credit 2  Siera Haiyi feeling saya sayang ayah saya
 
  Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email  nbm_zura@yahoo.com ;) https://www.facebook.com/yuya.nbm

Thursday, July 24, 2014

Berhari Raya dengan Shaklee - On Diet

Salam JUmaat semua...
Tinggal lagi 2 hari nak raya... sronoknya nak raya....

 Yelah setahun sekali kan raya... semua orangkan pakai baju baru... yang paling best tentang raya ialah dapat makan, makanan yang istimewa... balik kg Rembau yang best rendang daging, Kuah nasi impit mak ngah,,, tapai umah wan indok... balik umah mentua kari ayam dengan ketupap kuih lodeh.. kira nya juadah nie semua memang buat dengan penuh kasih sayang laa tu sedapnya tak sama dengan hari biasa... tak saba nye nak makan,,,nak makan,,,

Upsss kepada yang diet tu kene laa rancang ape yang nak di santap nanti... ke 1 Hari Raya no diet???? pastu 2 hari raya on diet smula... boleh ketahan nafsu makan tu.... APe kate ikut tip yang saya kongsi ni... diet tetap diet...makan tetap makan...

1. Kita jaga kalori kita... Apa yang kita makan tu kite mesti ambil tahu kalorinya... makan berpada-pada umpama nak merasa aje... atau satu rumah satu menu sahaja... elak kan minum air manis.. dah boleh kurangkan kalori dah ..


2. Banyak mana biskut raya yang anda perlukan?
Ah yes, biskut raya tu memang wajib! Takkan tak nak makan langsung. Yang penting di sini adalah
kawalan jumlah kuantiti biskut yang penuh dengan lemak + gula-gula ringkas + ia tidak mengenyangkan.
Kira-kira: 1x biskut raya mengandungi 35 kalori, kalau makan 10 dah 350kcal. Itu baru satu rumah. Kalau 50 rumah berbuka sepanjang bulan syawal, itu dah 17,500kcal atau 2.3kg.
 
3. Ambik LEcithin untuk menyekat dari lemak-lemak yang tidak sepatutnya berkumpul semula.. ok ape ade penghalang.. ambik 2 biji sebelum lunch... YElah takut baju tetiba sendat... mana tak sendatnya buat baju kurung moden yang memang ikut body nye pesen... aaa kene laa berhati-hati... yang lelaki pluk tepaksa buka kancing seluar sebab perut dah maju kedepan..

4. Alfalfa untuk membuang toksid.. apa tak bertoksid nya dalam badan...Abis semua nak di makannya.... air pluk minum air yang bergas memang dah pasti laa menambah toksid dalam badan.. Mium manis,,Makan yang masin-masin pastu serbuk perasa.. Takpe ambik alfalfa boleh membantu untuk buang toksid dalam badan dan boleh kurangkan gemuk air juga..

5. Harbalax untuk mencuci usus.. Apa lagi ambik 2 biji sebelum tido kasi cuci usus...pepagi sok takde masalah sembelit lancar aje perjalanan keluar semua yang ada di dalam usus tu.. Bile usus dah bersih baru laa kulit nampak berseri-seri.. macam seri pengantin baru...Eh kesitu pluk...

Alfalfa & Herblax nie berfungsi sebagai fiber di dalam usus yang akan bergabung dengan kolestrol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis..

6. Ni produk baru dari Shaklee Phytocol-ST tugasnya untuk menghalang penyerapan kolestrol... Telah jiuji dimakmal dan Phytocol-ST ini mampu menghalang penyerapan kolestrol di dalam badan sehingga 80%. Haaa sangat bagus.. sebabnya kolestrol nie penyakit yang orang kurus boleh dapat yang gemuk lagi laa boleh dapat juga.. So ambik 2 biji sebelum makan untuk nak menghalang kolestrol dari menyerap dalam usus kite..


7. Minum Air Kosong. Bagi saya, keistimewaan dan keenakan hari raya terletak pada makanan ketupat, lemang dll dan bukan pada minuman. Jadi untuk elak kalori daripada minuman, minumlah air kosong atau minumminuman yang tidak berkalori seperi kopi-Okosong, teh-O-kosong, Diet Coke dan lain-lain.
Kira-kira: Kalau anda minum 2x gelas air manis di setiap rumah terbuka (jumlah kalori 1x gelas katakan dalam 60kcal), kalau 50 rumah terbuka
= 6,000 kcal atau 0.8kg.Banyakkan minum air masak juga.

Ni antara tip-tip yang saya boleh kongsi dengan anda semua..
So untuk saya no diet-diet makan tapi kene juga ada had nya... kang telebih makan jadi ular sawa batik duk senyap kekenyanggan...kahkahkahkah...

Upss sebelum terlupa saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca YUYAISIHAT.. harapan saya apa yang saya kongsi disini boleh memberi manfaat kepada yang membaca.. Kepada yang ingin mendapatkan produk shaklee atau ingin bertanya mengenai produk shaklee atau pun ingin menjadi ahli untuk menjana pendapatan sampingan boleh laa caling caling saya NOOR BAIZURA 016-3237822 @ pm saya di https://www.facebook.com/yuya.nbm

SELAMAT HARI RAYA SEMUA AMPUN MAAF DIPINTA JIKA ADA KEKURANGAN DAN TERASA HATI... KOSONG KOSONG

Wednesday, July 23, 2014

Detox untuk kesihatan dan pengurusan berat badan

Ada pembaca facebook fanpage saya jumpa saya di SOL baru-baru ini. Dia telah amalkan detox mengikut saranan saya . Beratnya sudah turun 7 kg dalam bulan puasa ini .
Dibawah keypoints untuk turunkan dengan berkesan
Bila badan besar, untuk turunkan, kena kurangkan karbohidrat terutama gula, nasi putih, tepung putih. Kalau boleh, terus jangan ambil gula putih .
Selain dari itu, perlu supplement Essential Fatty Acids (EFA), omega 3 dan 6 .
Contoh EFA
1. virgin coconut oil -omega 6+ground flax seeds omega 3
2. Udo's oil -omega 3,6,9 ,
3. EPA omega 3 dan Olive oil omega 6)
Protein dari sumber yang paling minimal toksin perlu di ambil dalam porsi yang lebih, 1/3 lebih dari sukatan biasa : Saya dapati orang Melayu makan protein terlalu sikit dan nasi putih terlalu banyak.
Protein tidak semestinya animal source, ada juga dari vegetable source, seperti tauhu, tempe, sayur campur, dhall , beans etc .
Kawal ketat pengambilan garam ( tablesalt ) dan MSG ( monosodium glutamate -aji no m) serta perasa tiruan . Gantikan dengan garam bukit , penambah rasa yang baik adalah ikan bilis tumbuh dan batang celery .
Kawal juga pengambilan bahan bergoreng dari sumber luar sebab seringkali minyak gorengan sudah rosak ( transfat)
Margerine dan banyak jenis minyak ada transfat dan perlu dielak .
Makan tengah hari gantikan dengan shake : Ini shake saya tadi masa sahur :
celery 1 batang, daun ketumbar 3 helai
yogurt fresh -beli dari Bengali susu ie organic
1 cawan, organic protein powder 1 scoop ,( Caring pharmacy)
rye enzymes powder 2 sudu besar, ( Cold storage organic section)
Al Manna 2 sudu teh ,
RIN enzyme 2 sudu teh, madu kelulut 1 sudu besar ,
Udo's oil 1 sudu besar
cukupkan air , blend dan minum - minum jangan laju, elok minum sikit sikit sampai habis .
Saya beli personal blender yang boleh minum terus, ada juga banyak yang jual shake and take . Blender ini hilangkan penyakit malas nak basuh blender sebab ia mudah dibasuh .
Supplements saya
Magnesium amino acid chelate 1 daily Kordel
Chlorella 5 tabs daily ( Cosway )
Habatusaoda
Minerals OsteCal ( Live-well )
Yang ditambah kedalam shakes saya :
Udo's oil , Al Manna, Tayebat, RIN enzymes,
Selain celery, saya juga guna, orange, lime, banana , dan lain lain buah .
Untuk banana, elok beli, pisahkan satu satu buang kulit , masukkan plastic satu persatu dan freeze , mudah untuk masukkan dalam blender dalam keadaan frozen .
Dalam bulan puasa ini saya dapat elak kopi pada kebanyakkan hari tapi pada hari biasa, kopi sehari sekali pagi memang jadi biasa .
Saya cuba elak kopi segera 3 in 1 dan juga saya cuba elak susu .kecuali susu kambing .
Paling susah nak elak dan paling cepat naikkan berat badan adalah teh tarik sebagai amalan !
Bagi yang suka sangat air tin, ketahuilah bahawa setiap tin ada 7 sudu teh gula bersamaan dengan 210 calorie yang sama seperti sepinggan nasi putih !
Selamat mencuba dan yang berjaya boleh lah berikan maklumbalas .
Please note juga, protein dari sumber soya ada phystoestrogens dan ramai juga akan alah ini . Protein dari syarikat MLM banyak mengandungi bahan-bahan yang saya tak berapa nak setuju .
Saya suka multigrain powder yang ada jual di bahagian organic pasaraya atau organic shop . Jauh lebih murah dari produk MLM dan tidak ada kimia seperti banyak produk MLM .
Jangan lupa senaman itu penting ! Saya bersenam di gym dan kalau tak sempat ke Gym, saya buat dirumah guna air walker dan juga donut ball .

tq nasihat https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun

Nak kurus
Nak Slim
Nak sihat

Semua kene dengan ilmu bukan membabi buta yea... Tu yang bile membabi buta memacam masalah timbul,, penyakit lain pulak yang dapat...

 Jom bershaklee...
Zura 016-3237822 @
 boleh oder sendiri double clik link nie..
For consultation on supplement or you want to be part of Shaklee Business Family! We will grow you to be a star!

Sunday, July 13, 2014

7 FAKTA TENTANG KANSER



3 April 2003 | GENEVA -- Cancer rates could further increase by 50% to 15 million new cases in the year 2020, according to the World Cancer Report, the most comprehensive global examination of the disease to date. However, the report also provides clear evidence that healthy lifestyles and public health action by governments and health practitioners could stem this trend, and prevent as many as one third of cancers worldwide.
Anggaran Peningkatan Pesakit Kanser Seluruh Dunia pada Tahun 2020 Boleh Meningkat Sehingga 50% Iaitu Bersamaan Dengan 15 Juta Orang !

FAKTA 1 : APA ITU KANSER?

Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel.  Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan.  Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dansebagainya. 
Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel.  Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan.  Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul.  Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti.  Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor.  Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.  Tumor ini  mungkin adalah kanser.  Sel-sel  kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Jenis-jenis Kanser dikalangan Wanita, Lelaki & Kanak-kanak :

Wanita: Kanser Payudara adalah penyebab utama kematian, seterusnya Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal dan Kanser Pangkal Rahim, Uterus dan Ovari.

Lelaki: Kanser Prostate adalah penyabab utama kematian, diikuti oleh Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal and Kanser Perut ( Stomach Cancer).

Kanak-kanak : Kanser yang biasa menyerang adalah Leukemia, Kanser otak dan Lymphoma.

FAKTA 2 : APAKAH YANG MENYEBABKAN KANSER?

  1. Faktor Persekitaran - Karsinogen
Kehadiran agen penyebab kanser, iaitu karsinogen boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser - berupaya membawa pelbagai perubahan genetik, termasuk pengaktifan onkogen dan penyahaktifan gen penekan tumor .

  1. Jangkitan Virus
Terdapat sesetengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan transformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Kedua-dua kelas virus, iaitu sama ada virus DNA atau virus RNA boleh menyebabkan sel-sel yang terinfeksi menjadi sel kanser. Dalam kes Kanser Pangkal Rahim, virus HPV memainkan peranan dalam pembentukan kanser.

  1. Merokok
Tabiat merokok juga telah dikenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. Bagaimanapun, individu yang tidak merokok sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini. Bahan karsinogenik yang terdapat dalam asap rokok menjadi punca utama kanser di samping bahan pencemaran alam sekitar yang boleh merosakkan kesihatan dan sistem pernafasan. Lebih daripada 4,000 jenis bahan kimialain yang beracun seperti hidrogen racun sianida, DDT, formaldehid dan sebagainya.
Bahan-bahan kimia ini boleh mengakibatkan pelbagai kanser terutamanya kanser yang berkaitan dengan mulut dan paru-paru!

  1. Genetik
Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas atau pengekspresan berlebihan onkogen yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.

  1. Radikal Bebas
SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

Saintis juga menganggarkan lebih 3 Trilion radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
·         Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
·         Minuman beralkohol.
·         Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
·         Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
·         Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
·         Sinaran ultra ungu.
·         Pencemaran alam sekitar.
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

 Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.
FAKTA 3 : APAKAH SIMPTOM BARAH ?
Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.

Tanda2 dan simptom.
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:

·         Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
·         'Simptom metastasis (merebak): kelenjar limfa, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.                                                                              
·         Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.

FAKTA 4 : BAGAIMANA MENGESAN KANSER LEBIH AWAL?

Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:

·         Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
·         Pap smear
·         Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination) – untuk lelaki berusia 15 tahun
·         Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
·         Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat (prostate specific antigen ).
·         Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)


FAKTA 5 : MAKANAN-MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER

1.  Makanan yang di BBQ
2. Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
3.  Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
4.  Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
5. Nasi yang disimpan lama. ( mengandungi aflatoksin )
6. Makanan yang berkurangan serat dan tinggi lemak trans.
7.  Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.
8. Elakkan memakan seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.
9. Elakkan produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormon dimana Growth hormon ini menyokong kepada pengembangan kanser sel.
10.  Kurangkan makanan-makanan yang bergula.
l1. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

FAKTA 6 : RAWATAN KANSER

Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan kelenjar limfa berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.
·         Pembedahan
·         Chemotherapy
·         Terapi radiasi
·         Immunoterapi
·         Terapi cytoluminescent (CLT)
·         Rawatan ujian barah

FAKTA 7 : PEMAKANAN TAMBAHAN DAN KANSER

Pemakanan tambahan Shaklee membantu anda untuk membaikpulih 
sistem badan dan mengembalikan tenaga dan dapat membantu membina 
sel-sel baru dalam badan. InsyaAllah.

  1. VIVIX
Vivix adalah minuman daripada Raja anggur Muscadine Grapes yang mengandungi kandungan Resveratrol yang terbaik. Allah s.w.t telah menyebutkan buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Anggur merupakan salah satu daripada buah-buahan istimewa dan paling banyak manfaatnya. Ia boleh dimakan dalam keadaan segar mahupun kering. Ia berfungsi sebagai lauk-pauk serta dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan bahkan dapat juga dijadikan sebagai minuman. Dalam surah al-Baqarah: 266, surah al-An'am: 99, surah al-Ra'd: 4, surah al-Isra': 91, surah Yaasin: 34, surah al-Naba': 32, surah Abasa: 28, surah al-Mu'minun: 19, surah al-Nahl: 11 & 67, surah al-Kahfi: 32.
·    Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioxidant yang paling tinggi. Daripada kajian juga mendapati bahawa kandungan Resveratrol diadapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine .  
·    Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.
·    Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia merebak.
·    Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center. Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).Dengan ini kami percaya seluruh sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya.
·     VIVIX  10 X MORE POWERFUL berbanding dengan Resveratrol.
   Cara makan : 2 sudu teh sehari – selepas makan.


2.    Energizing Soy Protein


•     Susu berasaskan soya, protin sayur-sayuran senang untuk di hadam dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyumbang kepada penyakit kanser.
•     Protin dapat memberikan tenaga dan penghasilan semula sel-sel yang lebih sihat.
•     Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein dan daidzen menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyedari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.
   Cara makan : 2 sudu – 2 kali sehari, goncang dengan air kosong @ air sejuk. (Jangan guna air panas)

3.   Vita- C Sustained Released 500mg


•    Dr. Blok G melaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, statistic menunjukkan pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencegah daripada kanser.
•    Vitamin C salah satu sumber yang ada antioksidan. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.
•     Pengambilan Vitamin C dapat merangsang pengeluaran sel darah putih dan sel yang dihasilkan akan mengandungi extra vitamin C dimana dapat mengelakkan berlakunya mutasi pada sel.  Pada kebiasaannya tanpa pengambilan vitamin C, sel amat mudah untuk mutasi dan ini akan berlakunya kanser.
   Cara makan : 2 biji  2 kali sehari – selepas makan.

4. Carotomax

·    Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko kanser dan penyakit arteri koronari.
·    Carotomax adalah salah satu sumber yang ada antioksidan. Mengandungi Carotenoids, Beta Carotene, Lycopene dll. Tisu membrane mukus memerlukan banyak carotenoids untuk memulihkan tisu-tisu yang rosak.
        Cara makan : 2biji 2 kali sehari

5. Vita-E Complex

·    Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut lemak di mana dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.
·    Antioksidan larut lemak yang dapat melindungi bahagian-bahagian lemak pada badan daripada rosak akibat daripada teroksida.
·    Selenium dapat membantu vitamin E berfungsi dengan lebih bagus. Kajian menunjukkan bahawa, manusia yang bebas dari kanser mempunyai kandungan selenium yang tinggi di mana risiko kanser amat rendah sekali.
·    Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko kanser, penyakit arteri koronari jantung, katarak dan menambah imuniti.
         Cara makan: 2 biji 2 kali sehari – selepas makan.

6. NutriFeron


·    Produk yang unik, dicipta oleh individu yang menemui interferon. Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semula jadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada 4 estrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukkan interferon dalam badan secara semulajadi. 

1.Pumpkin Seed
2. Plantago Seed
3. Safflower Flower 
4. Japanese Honeysuckle Flower

·    Para saintis dan komuniti peubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi sistem imun yang sihat. Nutriferon merupakan satu-satunya pemakanan tambahan yang diciptakan oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
·    Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam Nutriferon.
·    Interferon dapat memberhentikan penghasilan dan pengembangan kanser di dalam tubuh manusia.
·    Inteferon akan diaktifkan dalam badan apabila sel diserang oleh mikrob, virus, sel kanser, dll. Ada 2 fungsi utama Interferon.
- Interferon akan memberi signal kepada sel-sel bersebelahan dan akan mengaktifkan mekanisma-mekanisma sistem pertahanan badan yang lain.
-Interferon akan mengaktifkan “soldier” pada sistem pertahanan badan untuk memusnahkan bendasing dalam badan.
·     Interferon dapat melindungi tubuh manusia setiap hari dari serangan berjuta bendasing yang boleh mengakibatkan penyakit yang serius.
        Cara makan : 1 sachet 2 kali sehari

7. Alfalfa

•    Dalam bahasa arab Alfalfa bermaksud “Raja kepada segala tumbuh-tumbuhan”. Telah digunakan dalam rawatan herba purba di India, China dan Sepanyol. Alfalfa ibarat gudang kepada segala zat, ini kerana akar tunjangnya menjalar  ke dalam tanah sejauh 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis  secara semulajadi.
•    Kajian menunjukkan bahawa pengambilan alfalfa dapat membantu mengikat carcinogens (bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser) di dalam usus dan mempercepatkan penyingkiran toksik dalam badan.
•    Penggunaan ubat semasa rawatan chemotherapy akan menyebabkan sistem imun menurun dan alfalfa berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan manusia.
•    Kanser tidak akan merebak pada badan yang beralkali. Pengambilan alfalfa dapat membantu menjadikan PH badan kepada alkali dan ini akan membantu melambatkan dan memberhentikan sel kanser merebak.
     Cara makan : 5 biji 2 kali sehari.

8. Garlic



·    Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Antara penyakit yang boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.
·    Antara bahan aktif garlic ialah :
alliin – dalam garlic yang segar
allicin diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)

·    Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis antioksidant), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.
·    Garlic sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.
·    Garlic melindungi dari kanser dengan cara menyekat pengeluaran nitrosamine. Garlic dapat menguatkan sistem imun.
             Cara makan :  2 biji 2 kali sehari

9. DTX Complex


·    Berfungsi untuk membersih, merangsang dan menjana semula sel-sel hati bila diperlukan.
·    Pesakit kanser memerlukan tahap kesihatan hati yang optimum untuk membersihkan darahdaripada kesan toksik daripada chemotherapy.
·    Kebanyakan pesakit kanser bukan meninggal disebabkan oleh sakit kanser itu sendiri tetapi disebabkan oleh kerosakan hati kesan daripada rawatan chemotherapy.
      Cara makan :  1 biji 3 kali sehari.

10. Vita-Lea Iron Formula

·    Vita-Lea yang telah menjalani ujian klinikal adalah dirumus secara saintifik untuk keberkesanan dan keperluan tubuh.
·    Memberi 28 jenis vitamin yang penting dalam satu rumusan yang seimbang.
·    Dirumus secara saintifik dan diuji untuk keberkesanannya.
·    Membantu mempertingkatkan kesihatan badan untuk jangkamasa panjang.
·    Menolong melawan pengoksidaan yang berbahaya: dua kali ganda Nilai Harian bagi vitamin C dan E, iaitu antioksidan yang kritikal untuk membantu mencegah kerosakan sel skibst dsri pengoksidaan yang berbahaya.
          Cara makan:  1 biji 2 kali sehari.




Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertaiShaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat