Apa itu Power Pumping?
Merupakan
teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia
melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih
unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak
langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3.
Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu –
akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression –
pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke
kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump –
Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung
lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan
buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke
subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu Ada
juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power
pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend,
dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power
pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari
pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi
sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa
dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.
Tips umum mengepam
-
Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping.
Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat
sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping.
Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
-
Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak
menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan
membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be
kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah &
senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih
baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi
setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba
meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
Happy pumping!
Akhir kata,
sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan
sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah
bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ emailnbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat
Zura Shaklee Independent Distributor - 888554 watsapp / msg / call / 016 - 3237822 PAge:http://www.facebook.com/yuyaisihat "Menukar Jenama Boleh MEngubah Hidup Anda" Kini, Pilihan Di Tangan Anda! Shaklee membawa Total Wellness Connection yang menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat dan kebebasan kewangan Penghantaran secara COD sekitar PUTRAJAYA / SEMENYEH / BERANANG dan kawasan sewaktu dengan nya. PErkhidmatan pos laju untuk seluruh malaysia.
Showing posts with label Penyusuan - BreastFeed. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan - BreastFeed. Show all posts
Sunday, August 3, 2014
Wednesday, July 9, 2014
Berpantang : Vitamin Vs Jamu - Kenapa Saya Pilih Vitamin?
Salam Sejahtera
Menjaga
kesihatan selepas melahirkan merupakan sangat penting untuk semua
wanita yang melalui nya. Mak saya selalu pesan dalam pantang nie jaga
badan betul-betul ikut pantang larang semasa berpantang ini supaya waktu
kita menginjak keusia tua nanti tidak la asyik tidak sihat. Kalau
orang-orang tua dahulu tidak boleh keluar rumah selagi tidak cukup 44
hari. ini adalah kerana badan kita masih dalam proses untuk sihat.
takut-takut sakit atau demam yang boleh membawa ke bentan.
Apa yang anda pilih ketika berpantang?
JAMU
VITAMIN
Aatau kedua-duanya?
Jom baca perkongsian kisah Kak N berpantang dengan vitamin
credit...
Apa yang anda pilih ketika berpantang?
JAMU
VITAMIN
Aatau kedua-duanya?
Jom baca perkongsian kisah Kak N berpantang dengan vitamin
credit...
Sejak
mengandung anak sulung, saya memang nekad hanya berpantang dengan
dengan mengambil vitamin semata-mata.Ini kerana melalui pembacaan saya,
apabila seorang ibu melahirkan anaknya, beliau akan kehilangan banyak
darah maka badan memerlukan secukupnya vitamin dan zat untuk proses
pemulihan. Ini ditambah
apabila saya berniat untuk menyusukan anak saya, maka saya perlu
memastikan badan saya cukup vitamin untuk pemulihan dan secara langsung
dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susuibu. Di tambah saya
melahirkan anak secara berpotong ( c-sec ) maka saya perlu pastikan rahim saya cepat baik dan jahitannya tidak rosak.
Ada beberapa kenalan yang saya temui mealui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tidak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.
Ada beberapa kenalan yang saya temui mealui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tidak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.
Pada awal
kelahiran, mak mertua saya berikan saya minum air rebusan kunyit dan
terus bacaan kuning anak saya meningkat di tambah anak sulung saya lahir
pra-matang. sejak itu lagi saya cuma percaya pada vitamin semata-mata.
saya banyak membaca buku tulisan doc yang pro vitamin seperti Dr Bruce
Miller, doc feverret saya. Banyak diterangkan fungsi dan keperluan
setiap vitamin.
Multivitamin lengkap dengan formula zat besi
Zat besi sangat penting untuk
pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan
mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam.
Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan
tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat
diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.
Vitamin b complex
Membantu menstabilkan hormon maka
si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu
dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk
proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu
vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan
badan.
Vitamin C
Semua orang tahu kebaikan vitamin
C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya
juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk
menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah
luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling
mudah kita ketahui.
Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan
haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia
membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang
penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada
pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka
bersalin cepat baik.
ESP
Ada sesetengah orang memang tak
amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai
makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri.
Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya
bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak
susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino
dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan
yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam
menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan
aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik,
rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar
lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara
apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh
mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP
Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang
mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk
pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan
pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan
asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.
Selain ini, apa yang saya amalkan?
Saya turut amalkan vitamin E untuk
pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut
anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau
akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa
itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar
yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsium untuk
menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat
tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan
adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang
kuat.
Maaf ya, saya
tak makan jamu....sebab dalam minda saya, saya hanya perlukan vitamin
untuk baik dan menyusu anak. Walaupun jamu boleh diambil bersama vitamin
namun saya tidak mahu ianya mengganggu sistem tubuh badan saya kerana
saya tidak mahu kecelaruan dalam darah berlaku disebabkan kandungan yang
tidak diketahui.
Maka nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan.
Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan
terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada
dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah
dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila
berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan
perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan
masa untuk pulih.
Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.
Berbeza dengan mereka yang buat
persiapan awal. Sama juga dengan simpanan. Ada orang simpan duit sejak
masa senang supaya bila susah ada simpanan back up. Tetapi mereka yang
tidak beringat akan hilang punca apabila terdesak. Sedangkan masa senang
tak mahu menyimpan.
Lebih baik amalkan vitamin semasa
sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro
vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan
yang berbeza.
-----
Saya juga menyediakan Shaklee supplement untuk semua lapisan umur. Set-set yang disediakan adalah :-
- Set A (Optimum set)
- Set B (Breastfeeding set)
- Set C (Confinement Set)
- Set D (Skin Care/Beauty Set)
- Set E (Breastfeeding with Calcium)
- Set F (Feminine Set)
- Set G (Allergy, Gegata, Sinus, Eczema, Athama)
- Set H (Immune Booster)
- Set I (Pregnancy Set - 1st/2nd/3rd trimester)
credit mommy zura
Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli
keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertaiShaklee
bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan
untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email
nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat
Kenapa susu saya makin sikit bila makan vitamin?
"Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak N kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?"
Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini..."tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan "
Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.
Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik.
Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum.
Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2-3 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan.
Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?
Indicator terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air.
Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?
Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake.
Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.
Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.
Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.
Tanda kekurangan air antara lain ialah:
1. Kerap sakit kepala
2. Muka berjerawat
3. Senang moody dan susah hati.
4. Badan senang sakit2 - sakit belakang/pinggang dsb.
Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang cukup demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.
credit my mommy
Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli
keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertaiShaklee
bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan
untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email
nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat
Wednesday, March 5, 2014
PERBEZAAN MENGANDUNG PERTAMA & KEDUA dengan SET Preggy SHAKLEE
Jom baca testimoni sahabat shaklee saya...
Apa kata mereka selepas mengunakan produk SHAKLEE....
Sungguh tidak mengecewakan..
MY REAL TESTIMONY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERBEZAAN MENGANDUNG PERTAMA & KEDUA
Skang kandungan Saya dah masuk 23mggu... Kira dah nak masuk 6 bulan.... Sy alami perbezaan yg ketara antara mengandung sekarang & yg pertama dlu...
1st pregnant : sy blom kenal shaklee... Sy makan vitamin klinik kerajaan which is ade folik asid, b complex, iron tablet & Vit c.... Tp sy bukan jenis yg compliance sgt... Salu sy skip ubat² klinik ni...hihi...Sy slalu minum susu dutch lady & fresh milk... Sy x minum anmum sebab Misi klinik kata x bagus (sy pernah minum skali je.. Dah bli sekotak anmum coklat...then lepas Misi kata xelok terus sy stop)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERBEZAAN MENGANDUNG PERTAMA & KEDUA
Skang kandungan Saya dah masuk 23mggu... Kira dah nak masuk 6 bulan.... Sy alami perbezaan yg ketara antara mengandung sekarang & yg pertama dlu...
1st pregnant : sy blom kenal shaklee... Sy makan vitamin klinik kerajaan which is ade folik asid, b complex, iron tablet & Vit c.... Tp sy bukan jenis yg compliance sgt... Salu sy skip ubat² klinik ni...hihi...Sy slalu minum susu dutch lady & fresh milk... Sy x minum anmum sebab Misi klinik kata x bagus (sy pernah minum skali je.. Dah bli sekotak anmum coklat...then lepas Misi kata xelok terus sy stop)
Pregnant skang : sy makan full set shaklee untuk Ibu mengandung which is ade ESP, VITALEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX, B COMPLEX...OMEGA sy akan start consume lepas 6 bulan nanti.... Sama mcm pregnant 1st dlu sy bkn la jenis compliance sgt... Hihi... Tapi sy lebih disiplin ckit banding pregnant 1st dlu... Susu sy jarang minum skang... Sgt jarang...
Pregnant 1st :
•• sy alami alahan sgt teruk... Lembikkk.. Sy salu ke emergency department... Kene cucuk masuk air... Kene masuk wad semalaman sbb hyperemesis gravidarum....(alahan teruk)... Saya salu MC sbb alahan teruk smpai salu geng² wad mengata.. (Tapi Ada aku kesah??? aku yg rase... Bukan hampa...hahaha)
•• Saya salu kene tangkap mengkarung sebab x cukup kalsium...alaaaa, kejang kaki tu.... Setiap malam sy menjerit pggil laki suruh tarik kaki... Haha.. Smpai dia kata, Awk ni Jgn la jerit mlm²..Kang ape plak org pk... Hahaha (ade aku kesah???)
•• seawal kandungan 5 bulan keluar stretch mark!!!! Byk!!! Hitam!!! Ya Allah..sgt stress.. Dr awal kehamilan sy sapu mcm²... Bio oil laa, myk Johnson laa.. Tapi ade jugak.. (Xdapat terima kenyataan).. N paling x best kesan stretch mark tu sy jd sgt gatallllll..... Tergaru² perut mcm monyet...hahaha
•• sy mudah letih, sakit pinggang...
•• sy alami keputihan yg teruk... (Sgt teruk smpai kene masuk pessari... Ok, Xnak cite byk bab ni)
2nd pregnant :
•• alahan still ade.. Melepek jugak tp x seteruk yg 1st... Sy xpernah ke emergency department, xpernah masuk wad... & X PERNAH MC!!!
•• setakat ni dah 23 minggu, sy x pernah lagi kene tangkap mengkarung.. Kire mlm² xde la sy terjerit²... Hahaha
•• setakat ni masih xde stretch mark.... Xde lgsg.. Sy sapu minyak Johnson je..Hihi... So xde la tergaru² lagi mcm monyet..
•• sy lebih bertenaga of cozzzz
•• tiada langsung keputihan!!! Magic!!
credit to:https://www.facebook.com/mareeya.muda
Wednesday, July 31, 2013
11 Tips Rahsia Dalam Meneruskan Cabaran Penyusuan Di Bulan Ramadhan.. Usah risau lagi.
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
- Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
- Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
- Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
- Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
- Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
- Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
- Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air
sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1
liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu
- Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
- Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu
serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet
sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih
banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul
tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan
pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong.
Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz
sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit,
tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
- Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
- Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
- Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam
sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam,
anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang
hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan
membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami
bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan
tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik
mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)
credit
to MommaMia, beliau salah seorang dari puluhan
jutaan ribu ibu menyusu diluar sana yg sedang berjuang di bulan penuh mulia ni
Jika anda berminat dgn pengambilan supplemen, bolehlah
mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.
*
Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B,
Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin
C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala
lagi) *
________________
Selamat meneruskan perjuangan sepanjang Ramadhan AlMubarak.
Doa saya sentiasa mengiringi anda dlm apa jua hajat dan impian anda..
Sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung dan penolong...Credit
Akhir kata,
sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan
sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah
bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ emailnbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat
Subscribe to:
Posts (Atom)

