Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Apa Itu Riboflavin?

Diposkan oleh Heni Minata on Selasa, 11 September 2012
Apa itu Riboflavin? Riboflavin lebih dikenal sebagai vitamin B2 yang merupakan salah satu anggota dari keluarga vitamin B komplek. Vitamin ini dapat ditemukan dalam kandungan susu cair segar. Vitamin ini memiliki peranan penting dalam mengubah karbohidrat menjadi senyawa gula sederhana yang dikenal dengan nama glukosa. Tanpak adanya glukosa, tubuh tidak bisa memproduksi energi.
Berdasarkan RDA (Recommended Dietary Allowance), vitamin B ini wajib dikonsumsi setiap harinya. Banyak sedikitnya jumlah vitamin B yang harus dikonsumsi tergantung pada tinggi badan, berat badan, laju metabolism tubuh, umur dan asupan kolari yang ada dalam tubuh. Berikut saran dari RDA:
  • Pria dewasa (dimulai sejak berumur 14 tahun) setidaknya mengkonsumsi 1.3mg perhari
  • Wanita remaja (14-18 tahun) harus mengkonsumsi 1.0mg perhari
  • Wanita dewasa (dari umur 19 tahun) lebih baik mengkonsumsi minimal 1.1mg perhari

Dikarenakan vitamin ini merupakan vitamin yang sangat mudah larut jadi vitamin ini tidak akan disimpan oleh tubuh dalam waktu yang lama. Agar tubuh terus memiliki vitamin B2 ini untuk metabolism energy, sebaiknya Anda minum susu setidaknya segelas sehari. Selain susu, makanan lain yang mengandung vitamin B2 adalah
  • Suku kacang-kacangan seperti almond dan kedelai
  • Telur
  • Sayur mayur berdaun hijau
  • Biji gandum yang sudah dioleh (roti gandum) atau belum diolah
Orang yang kekurangan Vitamin B2 biasanya selalu merasa kelelahan, sensitif pada matahari, kuku pecah -pecah dan kulit kusam serta berkeriput. Lo kok bisa? Vitamin B2 selain membantu proses pembuatan energi, dia juga berkontribusi dalam membuat tubuh mudah menyerap beberapa vitamin serta mineral. Bahkan vitamin ini juga membantu dalam hal memproduksi sel darah merah baru. Nah, sekarang teman-teman udah pada tahu nih bahwa vitamin B2 sangat penting jadi jangan lupa minum susu cair segar dan mengkonsumsi makanan penghasil vitamin B2 lainnya. -hm

credit http://mirrorforest.blogspot.com

Thursday, January 16, 2014

Cara mencegah jerawat



1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.
Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.
Supplement untuk merawat Jerawat:
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Wednesday, January 15, 2014

Vitamin untuk kulit sihat



Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?


Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

__sumber: utusan.com.my_


 Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertai Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Tuesday, January 7, 2014

Suplemen multivitamin, mineral sia-sia?




PADA16 dan 17 Disember lalu, tersebar luas berita yang bersandarkan kepada pendapat sekumpulan pakar yang mewakili editor (editorial) yang dilaporkan dalam Annals of Internal Medicine (Annals).

Judul editorial yang dimaksudkan ialah Enough is enough: stop wasting money on vitamin and mineral supplements. Maksud dalam bahasa Melayu ialah Cukup-cukuplah: berhenti daripada membazir wang ke atas vitamin dan mineral.

Akhbar utama dunia seperti CBS News, NBC News. BBC, CNN dan  Forbes sudah tentu menjadikan editorial tersebut sebagai bahan berita yang menarik untuk disiarkan. Kesemua akhbar tersebut dikatakan oleh ramai pengkritik sebagai gemar menyiarkan berita yang berat sebelah terutama berita berkaitan kajian berkaitan keberkesanan rawatan.

Judul berita bersandarkan kepada editorial tersebut masing-masing berbunyi multivitamin researchers say “case is closed” after studies find no health benefits’ (CBS News); ‘Two new studies debunk benefits of multivitamins’ (NBC News); ‘The problem with taking too many vitamins’ (BBC); ‘Are multivitamins a waste of money? Editorial in medical journal says yes’ (CNN); ‘Case Closed: Multivitamins Should Not Be Used’ (Forbes); dan ‘Vitamins are waste of money and could harm health, claims nutritionist’ (Telegraph).

Semua berita yang disiarkan tersebut seolah-olah mencerminkan secara umum mengenai mengamalkan pengambilan suplemen vitamin dan mineral tidak mendatangkan manfaat kepada kesihatan.

Berat sebelah

Pakar perubatan berasaskan pemakanan, Dr Alan R Gaby, yang juga mantan Presiden American Holistic Medical Association dipetik sebagai berkata, pihak editorial dilihat berat sebelah dan kurang cermat dalam menjalankan kajian, kurang ilmu dan bercelaru dengan kaedah yang terlibat.

Menurutnya, pihak editorial berat hanya menjalankan analisa luaran ke atas kajian yang rencam dan luas berkaitan kesan suplemen pemakanan kepada kesihatan.

Pihak editorial menumpukan perhatian terhadap tiga kajian seperti dilaporkan dalam Annals. Kajian pertama mendapati subjek yang mengambil vitamin dan mineral dos tinggi selepas mengalami serangan jantung didapati mengurangkan kadar kekerapan mengalami masalah kardiovaskular (termasuk serangan antung, strok atau pembedahan jantung) sebanyak 11 peratus berbanding plasebo.

Oleh sebab angka tersebut tidak signifikan secara statistik maka pihak editorial membuat kesimpulan secara tidak benar dengan menyatakan rawatan menggunakan multivitamin dan mineral tidak berkesan.

Bukankah kegagalan untuk menunjukkan sesuatu kesan sebagai signifikan secara statistik tidak serupa dengan menunjukkan ketidakwujudan sesuatu kesan?

Mengapa pihak editorial tidak membuat kesimpulan yang betul dengan menyatakan suplemen pemakanan mengurangkan angka masalah kardiovaskular sebanyak 11 peratus.

Oleh kerana peratusan ini tidak signifikan secara statistik, kami mendapati kesan kepastian suplemen pemakanan berlaku kurang dari 95 peratus.

Kajian kedua yang dijalankan pihak editorial seperti dilaporkan dalam Annals, mendapati pengambilan harian multivitamin menggunakan multivitamin jenama Centrum berkuasa rendah selama tempoh purata 8.5 tahun.
Kajian yang dikenali sebagai Physicians’ Health Study II tersebut menunjukkan ia tiada kesan ke atas fungsi kognitif subjek yang terdiri daripada kalangan orang tua.

Bagaimanapun, terdapat dua kajian berasingan tidak disentuh langsung pihak editorial yang mendapati pengambilan harian multivitamin berkuasa tinggi memberi beberapa kesan positif. Kajian pertama berjudul Oral folic acid
and vitamin B-12 supplementation to prevent cognitive decline in community-dwelling older adults with depressive symptoms - the Beyond Ageing Project: a randomized controlled trial seperti dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutirion (2012) itu mendapati pengambilan harian 400 mikrogram asid folik dan 100 mikrogram vitamin B12 mampu memperbaiki fungsi kognitif secara signifikan pada subjek orang tua.
Sebuah kajian lain yang berjudul Homocysteine-lowering by B vitamins slows the rate of accelerated brain atrophy in mild cognitive impairment: a randomized controlled trial’ seperti diterbitkan dalam jurnal PLoS One (2010) mendapati pengambilan suplemen 800 mikrogram asid folik, 500 mikrogram vitamin B12 dan 20 miligram vitamin B6 berupaya memperlahankan kadar kerosakan otak pada subjek-subjek terdiri daripada orang tua yang mengalami masalah kognitif tahap sederhana.

Kajian bersifat negatif

Terdapat dua perbezaan utama antara dua kajian positif seperti penulis sampaikan di atas dengan kajian negatif yang dilaporkan dalam editorial jurnal Annal. Perbezaan pertama ialah berhubung jumlah vitamin B12 yang dirujuk oleh pihak editorial adalah kajian bersifat negatif.  

Jumlah vitamin B12 jenama Centrum Silver yang digunakan adalah rendah iaitu 25 mikrogram.

Paras ini jauh berbeza dengan paras yang digunakan dalam dua buah kajian yang menghasilkan keputusan positif seperti disebutkan di atas di mana kajian pertama menggunakan 100 mikrogram dan kajian kedua menggunakan 500 mikrogram.

Kehilangan fungsi kognitif memang telah diketahui berpunca daripada kekurangan vitamin B12. Sungguhpun semua kajian berkaitan suplemen (makanan tambahan) menggunakan sukatan melebihi kadar Recommended Daily
Allowance untuk vitamin B12, kajian terkini menunjukkan ramai orang tua memerlukan vitamin B12 yang jauh lebih tinggi iaitu 500 mikrogram atau lebih untuk kebanyakan kes untuk mencapai paras vitamin B12 yang optimum.
Kajian dimaksudkan itu berjudul Homocysteine-lowering by B vitamins slows the rate of accelerated brain atrophy in mild cognitive impairment: a randomized controlled trial.’ diterbitkan dalam jurnal PLoS One (2010). Punca lain berpotensi menyebabkan kajian yang digunakan oleh pihak editorial sebagai rujukan menghasilkan keputusan negatif ialah pil jenama Centrum Silver yang digunakan dalam kajian menggunakan beberapa pewarna tiruan berasaskan Aluminium.

Bahan pewarna tersebut ialah FD&C Yellow 6 Aluminum Lake, FD&C Blue 2 Aluminum Lake dan FD&C Red 40 Aluminum Lake.

Kesemuanya berpotensi menyebabkan kesan negatif kepada fungsi kognitif. Pewarna tiruan memang telah dikenal pasti menyebabkan kesan negatif terhadap perangai kanak-kanak walaupun pun masih belum terdapat kajian berkaitan kesannya kepada orang dewasa.

Kajian sains mendapati pendedahan kepada aluminium secara jangka panjang dikaitkan dengan pembentukan penyakit Alzheimer. Dengan penjelasan ini, suplemen berkuasa rendah yang mengandungi bahan aditif berpotensi berbahaya tidak sepatutnya meremehkan kesan positif hasil pengambilan suplemen berkuasa tinggi seperti dilaporkan dalam kajian lain.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.


sumber kalau aku cakap nie penulisan aku memang ko org tak caye laa kan?? sebab aku bukan DR

Tuesday, July 2, 2013

What are the relationship among Alfafa, B complex, protein with milk production?


Jumuaah Al Barakah. Saya suka Jumaat, it is not because the next day is the weekend, but each time the Friday approached, I feel the serenity. Tak percaya? Have you ever opened your window, or take a brisk walk on Friday morning, you feel different from the other days.. As Allah have chosen Friday as the "Leader of the days", I wish to remind myself to recite Al-kahfi. Why Al - Kahfi on Friday? This is what the prophet do every Friday. I would like to share the secrets of Al-Kahfi, shared from our relative muslim (click the link).

Alhamdulilah.. Today we shall learn on the production of milk (chewaahhh.. dah jd lecturer pula dlm blog). It is important for us (including the man/husband) to at least know the basic anatomy and physiology of the breast. IT IS NOT IMPOSSIBLE FOR EVERY MOTHER TO BREASTFEED HER CHILD/CHILDREN. There are some reasons that I've heard from others that they 've tried, but failed. Tak apa ummi, jgn putus asa. Allah telah pilih ummi semua utk susukan anak. Kalau anda berusaha tapi tak berhasil juga, insyaallah.. yakin bahawa Allah ada sebab utk itu juga. Interestingly, I have came cross this article of why the milk came in late. (You may want to refer to this link). Baiklah, let us see the anatomy of breast:


Alamak madam, scientific sgt namenye... (well, I always have this complaint from my student. My reply: Awk belajar dlm bidang medicine, HARUSSSSS hafal name mak nenek ni sume :p) Ok2... focus... what you can see from the above figure is that the breast is major made from the fat tissue. And if you can see clearly the duct or what we call the milk gland. This is where the milk is secreted. Ajaibnya Allah ciptakan breast ibu ni sensitif pada hisapan. When the baby suck, the small receptors in the nipple is triggered sending a signal to hypothalamus (erkkkk.... apekah itu? Hypothalamus is a region in your brain that coordinate autonomic nervous system and activity of pituitary). hah, lepas saje signal diterima oleh hypothalamus, hypothalamus akan mengarahkan PIH (Pitutitary induced hormon) untuk remberskan DUA jenis hormon lactation: Prolactin and Oxytocin. Prolactin produce milk/milk secretion, tetapi yang meghasilkan let-down reflex itu adalah oxytocin (err.... madam, let-down reflex tu ape ye? Haa... bile awk dah kwin, ade anak nak menyusu... once your child latch, awk akan rasa mcm pengecutan otot around your aerola.. that is let-down reflex. Hoho... tgk muke student sorang yg perempuan, sume dah blushing.. oowww.. come one ladies, let the guys hear too, at least boleh support wife to breastfeed). Summary of the physiology spt dlm gmbarajah di bawah:



Ok... mcm biase kalau dah mengajar nutrition for lactating mother, when I asked the student what are the nutritional needs for lactating mother, almost 80% say Calcium. Hoho.. salah anak2.... But why mdam? Isn't it when you feed your child, most of the calcium loss from the milk? Yes. memang betul.. calcium easily loss from the milk production, tapi bila calcium in the blood drops, it will ask the bone to donate the calcium. Supplementation of Calcium during this stages does not or should I say contribute only a little. Itulah sebabnye, kalo plan nak anak, make sure your calcium restore full ye..

Ok, back to the nutritional needs of the lactating  mother. Breastfeed mother needs more: liquid, energy, protein, CHO, fatty acid, B6, B12, folate, Vitamin A, C and E. hoho.. kasi besarkan sikit. All these macro and micronutrients are increasing during lacatation.


  1. ENERGY , PROTEIN, CHO and FATTY ACIDS:  Tahukah anda lactated women need 1800kcal per day for successful lactation? Fuhhh... untuk menghasilkan susu, it requires more energy. Patutla saya cepat lapaaarrrrrrrrrr. These energy come from protein, CHO and fatty acids. CHO requires a lo to replace the glucose that is used to make lactose in milk.  Bayangkan, jika anda menyusukan anak sehari, anda kehilangan sebanyak 1800 kcal. Pehwwww..... Boleh jaga badan gitu... (p/s: bergantung juga pada metabolic rate dan aktiviti fizikal ye)
  2. B6, B12, folate, vitamin A,C and E: What's with these vitamins? Vitamin ini semua terkandung didalam susu ibu. Jadi, untuk menggantikan kehilangan vitamin tersebut, extra requirements are needed. 
  3. WATER: There is a MISCONCEPTION of which a lactating mother who drinks more water produce milk. This is untrue, whereby an adequate of water intake is needed to avoid dehydration. Make sure you have a glass of water/juices right after your nurses.
WHAT WILL HAPPEN IF MY NUTRIENTS ARE INADEQUATE?  WILL IT AFFECT MY MILK PRODUCTION?

ANSWER: YES, NUTRITIONAL INADEQUACIES WILL REDUCE THE QUANTITY OF MILK, NOT THE QUALITY.

Therefore please ensure you have nutrient-dense food, do not skip any meals and eat healthily.....

Next part, Insyaallah,I shall discuss on the dietary supplement requirement for lactating mothers which include alfafa, protein beverage and B-complex...wee... stay tuned.

Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri saya sendiri....


References:


  1. Whitney E & Rolfes S.R (2011) Understanding nutrition 12 ed. , Wadswotrh: Belmont
  2. FAO, Energy requirement of lactation, FAO corporate document repository [Available at: http://www.fao.org/docrep/007/y5686e/y5686e0b.htm]
Do visit my page at:

https://www.facebook.com/HealthAndRejuvenate?ref=hl (health and rejuvenate)
https://www.facebook.com/LittleMujaheedsHijab?ref=hl (Little Mujaheed's hijab)
https://www.facebook.com/mmmzm (Masyita Mamot)
Posted by
 
TErima kasih http://masyita83.blogspot.com ilmu yang dikongsi bersama
 
 
Shaklee Independent Distributor
ID NO - 888554
Page Fb - yuyaisihat
watsapp / msg / call / 016 – 3237822
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit