Showing posts with label sET bERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label sET bERPANTANG. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Tips Luka Cesarean (Pembedahan) Sembuh

11 Tips Luka Cesarean (Pembedahan) Sembuh.

Melahirkan anak secara pembedahan (Ceaserean) memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi..memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi, penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina. Oleh itu, saya nak share kan sedikit tips-tips yang boleh puan-puan ambil untuk mempercepatkan luka pembedahan puan cepat sembuh, moga ianya boleh dimanfaatkan ye…





Antara tips-tips berikut adalah:

1. Membuat pergerakan diawal pembedahan

Mungkin ramai ibu-ibu yang tak berani nak bergerak selepas pembedahan yang besar, alasannya kerana takut benang jahitan akan terbuka tapi kalau kita membuat sebarang pergerakan ia akan mengurangkan risiko darah beku dan fenomena jahitan terbuka ini memang jarang sangat nak berlaku..tapi bila nak bergerak tu mintalah bantuan ahli keluarga atau jururawat ye terutama pada beberapa hari selepas pembedahan


2. Makan makanan berzat dan seimbang

Selepas pembedahan, kita akan kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin jadi di sarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya

Seperti yang kita tahu air adalah agen pembuang toksin dalam badan namun ada juga mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang, nak percaya atau pun tak saya pun tak pasti tapi dah namanya pun mitos kan. Kita disarankan untuk meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air, kerana jika kita kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional

Pengambilan herba-herba dan ubat tradisional ni memang popular di kalangan kita terutamanya dalam masyarakat melayu tapi tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

Jadi nasihat saya sebelum nak ambil apa-apa ubat tu, mintalah nasihat orang yang berpengalaman dalam bidang ubatan tradisional dulu ye.




5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin selepas pembedahan amatlah digalakkan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam nadan kita dengan lebih cepat dan proses penyembuhan akan menjadi leih cepat ini adalah kerana semasa pembedahan, anda akan kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal dan kehilangan darah ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh.

6. Makan pil penahan sakit

Memang tidak disarankan untuk para ibu mengambil pil penahan sakit ini namun sakit yang keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Untuk itu dapatkanlah ubat penahan sakit yang sepatutnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu tapi gunalah angin yang sejuk ye jangan yang panas pula nanti rasa sakit pada kesan jahitan tu pulak. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.okay rasanya sampai di sini sahaja artikel saya kali ini ye..harap-harap artikel ini bermanfaat untuk anda semua…:)


credit 2  https://www.facebook.com/RumahtanggaHarmoniKeluargaBahagia

Wednesday, August 6, 2014

BERPANTANG SECARA MODEN!!

SET BERPANTANG TERBAIK & PILIHAN RAMAI.
TANPA JAMU, TANPA RASA PANAS & TANPA KESAN KUNING PADA BAYI!!

Jika anda seorang ibu yang sedang menunggu masa nk bersalin dah masih tak tau nak gunakan set berpantang yang mana dan risaukan baby kena kuning, mari beralih kepada SET BERPANTANG SECARA MODEN SHAKLEE.

Mengapakah set ini dikatakan sangat berkesan?
Ia merangkumi semua keperluan untuk tubuh ibu sepanjang dalam tempoh berpantang. Ribuan ibu telah menggunakannya dan sangat berpuas hati.



KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE
=========================
[✔] MURAH dan berbaloi
[✔] Badan Lebih sihat dan cergas
[✔] Kulit cantik bersinar- bubye kulit kusam dan berkerak!
[✔] Luka CEPAT sembuh
[✔] Membantu banyakkan susu
[✔] Cepat kembalikan berat sebelum hamil
[✔] Selamat, dan boleh dimakan pada hari pertama bersalin
[✔] Bayi turut mendapat manfaat melalui penyusuan

 
Dengan set ini, ibu-ibu :
1- boleh start makan seawal hari pertama selepas bersalin dan ianya sangat mesra ibu bf.
2- dapati luka pembedahan ataupun luka bersalin anda lebih cepat kering dan sembuh
3- merasakan diri anda cergas dan muka berseri2 sepanjang berpantang.
4- mendapat tenaga yang cukup untuk anda menyusukan bayi anda
5- bebas daripada sembelit yang teruk semasa tempoh berpantang.
6- penjimatan dari segi harga serta anda boleh sambung untuk melengkap kan tempoh penyusuan bayi anda secara ekslusif.


Setiap ibu ingin memberikan yang terbaik kepada anak yang dilahirkan...Dalam masa yang sama tidak mahu mengabaikan anak-anak yang lain serta keluarga…Jadi, TIDAK RUGI anda mencuba set berpantang shaklee yang sememangnya memberikan kesan terbaik untuk anda.Tepuk dada,pilihlah pilihan bijak anda....

LEBIH SELAMAT,SEMULAJADI & BERKESAN.




Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

Facebook :https://www.facebook.com/yuya.nbm  ( Sila add friend saya dahulu ya )

Sms / call/ whatsapp: 016-3237822
Pages Facebook : https://www.facebook.com/Yuyaisihat

Wednesday, July 9, 2014

Berpantang : Vitamin Vs Jamu - Kenapa Saya Pilih Vitamin?

Salam Sejahtera
 
Menjaga kesihatan selepas melahirkan merupakan sangat penting untuk semua wanita yang melalui nya. Mak saya selalu pesan dalam pantang nie jaga badan betul-betul ikut pantang larang semasa berpantang ini supaya waktu kita menginjak keusia tua nanti tidak la asyik tidak sihat. Kalau orang-orang tua dahulu  tidak boleh keluar rumah selagi tidak cukup 44 hari. ini adalah kerana badan kita masih dalam proses untuk sihat. takut-takut sakit atau demam yang boleh membawa ke bentan.

Apa yang anda pilih ketika berpantang?
JAMU 
VITAMIN
Aatau kedua-duanya?


Jom baca perkongsian kisah Kak N berpantang dengan vitamin

credit... 

Sejak mengandung anak sulung, saya memang nekad hanya berpantang dengan dengan mengambil vitamin semata-mata.Ini kerana melalui pembacaan saya, apabila seorang ibu melahirkan anaknya, beliau akan kehilangan banyak darah maka badan memerlukan secukupnya vitamin dan zat untuk proses pemulihan. Ini ditambah apabila saya berniat untuk menyusukan anak saya, maka saya perlu memastikan badan saya cukup vitamin untuk pemulihan dan secara langsung dapat berfungsi dengan baik dalam penghasilan susuibu. Di tambah saya melahirkan anak secara berpotong ( c-sec ) maka saya perlu pastikan rahim saya cepat baik dan jahitannya tidak rosak.

Ada beberapa kenalan yang saya temui mealui kelahiran berpotong seperti saya, jahitan mereka ada yang terbuka, ada pula yang bernanah sehingga sebulan di hospital dan ada juga yang tidak mampu bergerak selama berminggu kerana jahitan lambat sembuh dan ditambah tempat jahitan dijangkiti kuman dan merebak.

Pada awal kelahiran, mak mertua saya berikan saya minum air rebusan kunyit dan terus bacaan kuning anak saya meningkat di tambah anak sulung saya lahir pra-matang. sejak itu lagi saya cuma percaya pada vitamin semata-mata. saya banyak membaca buku tulisan doc yang pro vitamin seperti Dr Bruce Miller, doc feverret saya. Banyak diterangkan fungsi dan keperluan setiap vitamin.

Maka vitamin yang paling bagus di amalkan semasa berpantang ialah



Multivitamin lengkap dengan formula zat besi
Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.

Vitamin b complex
Membantu menstabilkan hormon maka si ibu tak mudah rasa stress dan tidak mudah meroyan. Ia juga membantu dalam proses pembinaan sel darah merah dan ianya sangat bagus untuk proses pemulihan bagi si ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu vitamin B complex juga sangat perlu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitamin C
Semua orang tahu kebaikan vitamin C. Ia bagus dalam membentuk dan meningkatkan antibodi badan kita. Ianya juga penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk menyatukan setiap sel dalam tubuh. Tanpa cukup vitamin C, kulit mudah luka. sensitif dan gusi mudah berdarah adalah tanda umum yang paling mudah kita ketahui.

Zinc
Ianya banyak terdapat dalam ikan haruan dan makanan laut. Namun lebih mudah saya amalkan tablet. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka. Zinc antara vitamin yang penting untuk pertumbuhan. Pengambilan zinc dapat dilihat kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran bayi, rambut ibu tak mudah gugur dan luka bersalin cepat baik.

ESP
Ada sesetengah orang memang tak amik endah tentang keperluan protien dengan mengandaikan sudah memadai makan ikan , daging , telur serta minum air soya yang dibuat sendiri. Namun berapa ramai yang tahu dan ingin ambil tahu bahawa protin hanya bertahan pada suhu yang tidak lebih 36*c. So bila kita goreng dan masak susah tentu suhu melebihi 36*c. Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protien itu tadi. sebab itu protien yang kita dapat dari makanan yang di masak adalah bersifat ala kadar dan atas dasar janji ada dalam menu. Ramai yang tidak tahu, pengambilan protien yang mencukupi dengan aisd amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susuibu dengan kadar lebih cepat provided sesi perahan yang konsisten. Malah lebih ketara apabila anak yang menyusu mudah kenyang walaupun ini dinafikan oleh mereka yang tidak pro vitamin. Selama 11 tahun saya mengamalkan ESP Shaklee, saya sangat berpuashati. Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan kononnya pengambilan protien boleh menyebabkan gout, untuk pengetahuan kalian, bapa mertua saya yang mempunyai gout mengamalkan pengambilan ESP dalam proses penyembuhan beliau. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil.


Selain ini, apa yang saya amalkan?
Saya turut amalkan vitamin E untuk pastikan jahitan luar dalam saya baik dan cantik. Doktor yang manyambut anak saya mengakui jahitan dalaman rahim saya sangat cantik dan beliau akui semasa nak keluarkan anak kedua saya dimana saya separuh sedar masa itu. Selain itu ia juga membuatkan perut saya bersih dari kesan balar yang kebanyakan ibu lalui apabila melahirkan anak. Alfalfa saya teruskan untuk memastikan susuibu saya dibuat dengan cepat dan efisein. Disamping pengambilan kalsium untuk menggantikan kalsium dalam badan saya yang digunakan untuk membuat tulang dan saraf anak yang dikandung dan keperluan utama penyusuan adalah kalsium agar anak dapat membesar dengan sihat dan tulang yang kuat.

Maaf ya, saya tak makan jamu....sebab dalam minda saya, saya hanya perlukan vitamin untuk baik dan menyusu anak. Walaupun jamu boleh diambil bersama vitamin namun saya tidak mahu ianya mengganggu sistem tubuh badan saya kerana saya tidak mahu kecelaruan dalam darah berlaku disebabkan kandungan yang tidak diketahui.

Maka nasihat saya, jangan jadikan pengambilan vitamin sebagai LAST RESORT terutama apabila menghadapi masalah penyusuan. Alangkah baik ia diambil dari awal supaya badan kita yang sihat akan terus sihat. Ini apabila vitamin dijadikan last resort, kita akan berada dalam kedudukan terdesak dan mengharapkan miracle happen dan masalah dapat di atasi dengan segera. Kita akan kehilangan rasional apabila berada dalam keadaan tertekan. Bila sakit baru nak cari vitamin, badan perlukan masa untuk kenal vitamin, untuk serap vitamin dan ini memakan masa untuk pulih.
Bak kata orang, penyakit ni datang macam ribut, pulangnya macam siput.
Berbeza dengan mereka yang buat persiapan awal. Sama juga dengan simpanan. Ada orang simpan duit sejak masa senang supaya bila susah ada simpanan back up. Tetapi mereka yang tidak beringat akan hilang punca apabila terdesak. Sedangkan masa senang tak mahu menyimpan.
Lebih baik amalkan vitamin semasa sihat supaya ia membantu untuk kita kekal sihat. Bagi yang tidak pro vitamin, tiada paksaan dalam hidup sebab semua orang mempunyai kemampuan yang berbeza.
-----

Saya juga menyediakan Shaklee supplement untuk semua lapisan umur. Set-set yang disediakan adalah :-



credit mommy zura



Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertaiShaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Kenapa susu saya makin sikit bila makan vitamin?

"Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak N kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?" 

Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini... 

"tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan " 

Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.

Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik. 
Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum. 

Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2-3 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan. 

Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin? 
Indicator terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air. 

Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang? 
Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake. 
Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT. 

Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak. 
Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik. 

Tanda kekurangan air antara lain ialah: 

1. Kerap sakit kepala 
2. Muka berjerawat 
3. Senang moody dan susah hati. 
4. Badan senang sakit2 - sakit belakang/pinggang dsb. 

Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang cukup demi kesihatan diri dan keluarga tersayang. 

credit 
my mommy






Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertaiShaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat


Wednesday, June 5, 2013

Makanan Yang Cepat Penyembuhan Luka

Majalah Isihat JUn 2013

TIada peluru ajaib yang boleh mempercepatkan penyembuhan terutamanya jika anda mengalami kecederaan akibat bersukan atau pembedahan.
TEtapi terdapat beberapa jenis makanan yang berupaya meransang penyembuhan .Ia adalah:- 
Makanan yang kaya dengan ASID AMINO
  • aYAM
  • teLUR
  • iKAN
  • Kekacang
  • Beras Perang
  • Daging
  • Produk Tenusu

Yang paling senang nak consume dan pasti kuanti ASID AMINO NYE tulen dan berkualiti  aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa  neee diaaa yeeee

Makanan yang tinggi VITAMIN C

  • Strawberi
  • Betik
  • Bijirin


Shaklee Independent Distributor
ID NO - 888554
Page Fb - yuyaisihat

watsapp / msg / call / 016 – 3237822

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, January 2, 2013

BERSALIN NORMAL SELEPAS PEMBEDAHAN

Soalan
Salam..saya seorang ibu kepada 2 orang anak..kelahiran anak pertama normal dan kelahiran anak kedua adalah pembedahan..sekarang anak kedua saya telah berumur 7 bulan..saya nk bertanya kepada ahli panel,apakah komplikasi yg akan berlaku jika saya mengandung untuk kali ketiga dan ingin bersalin secara normal.Adakah jahitan pembedahan yg lama berkemungkinan akan terkoyak semula ataupun sy selamat untuk bersalin normal??  
Jawapan
Salam.Terima kasih di atas soalan yang diberikan.
Jika seseorang yang telah bersalin dengan caesarean/C-section(bersalin secara pembedahan),dia mempunyai peluang untuk bersalin secara normal .Dalam bahasa inggeris,ia dipanggil ”Vaginal birth after cesarean(VBAC)” 
Namun begitu tidak semua yang sudah melalui c-section boleh melakukan VBAC.Pelbagai perkara perlu dipertimbang sebelum melalukan VBAC.
Siapakah yang SESUAI untuk melakukan VBAC?
*       Tidak lebih dari dua kali c-section
*       C-section yang dilakukan adalah di bahagian bawah(lower segment)
 *       Tiada sebab untuk melakukan c-section,seperti placenta previa(uri bayi terletak di bahagian bawah,menutupi ruang untuk bayi keluar)
*       Pernah melalui bersalin secara normal dengan jayanya
Siapakah yang TIDAK SESUAI untuk melakukan VBAC?
*       2 kali atau lebih c-section dan tidak pernah bersalin secara normal
*       Bayi yang besar
 
*       Kegemukan(obese)
*       Kembar lebih dari tiga(kembar 2 boleh secara VBAC dengan syarat dua-dua kepala di bahagian bawah)
*       Rahim pernah terkoyak ketika bersalin sebelum ini
*       Mempunyai masalah kesihatan yang memungkinkan berlakunya masalah jika bersalin normal
Kelebihan VBAC
*       Komplikasi berkurang-
Berdasarkan US centers for disease control(CDC),C-section tergolong dalam pembedahan major abdomen yang mempunyai kadar komplikasi ,kemasukan semula ibu selepas bersalin ke hospital serta komplikasi  yang memerlukan bayi dimasukkan ke ICU yang tinggi.
Sebarang jangkitan penyakit dan kehilangan darah dapat dielakkan jika melakukan VBAC.
*       Kos VBAC adalah lebih murah.
*       Penyusuan pada bayi tanpa masalah-Dengan VBAC ,anda dapat menyusukan anak dengan lebih cepat dan tanpa masalah daripada C-section.
*       Masa kembali pulih lebih pendek-masa yang diperlukan untuk tinggal di hospital adalah lebih pendek.Kesakitan juga kurang dengan VBAC.
*       Kesan pada hamil di masa akan datang-Jika bercadang untuk mempunyai keluarga yang lebih besar,VBAC adalah pilihan yang bijak.C-section akan menyebabkan lebih komplikasi setiap kali c-section manakala jika melakukan VBAC secara berulang akan memudahkan proses melahirkan anak.
Risiko VBAC
*       Jahitan pada pembedahan lama berkemungkinan untuk koyak smula.Namun begitu perkara ini jarang berlaku,peratusnya alalah lebih kurang 0.2 hingga 1.5%.Parut ini juga boleh terkoyak jika otot rahim terlalu lemah (berkemungkinan disebabkan jangkitan atau hamil kembar)

*       Jika percubaan VBAC gagal dan bertukar kepada c-section,risiko untuk mendapat sebarang jangkitan adalah lebih tinggi berbanding C-section yang telah dirancang.
Apakah yang perlu anda lakukan jika VBAC adalah pilihan anda?
1.       Belajar tentang VBAC-ambil kelas berkaitan bersalin secara VBAC,termasuk pasangan anda jika boleh.Selain itu ,bincang perkara berkaitan dengan doctor anda.Pastikan doctor anda mempunyai maklumat kesihatan anda,termasuklah rekod tentang c-section sebelum ini dan sebarang prosedur yang pernah dilakukan pada rahim anda.
2.       Pastikan kesihatan diri dijaga-.Ambil diet yang sihat, mengamalkan aktiviti fizikal yang sesuai dan mendapat rehat yang secukupnya.
3.       Pastikan pusat kesihatan anda tersedia sepanjang waktu hamil anda-pengawasan secara terperinci dapat mengurangkan sebarang komplikasi.
4.       Pilih hospital yang lengkap dengan segala peralatan-Cari hospital yang mempunyai segala kelengkapan untuk mengawasi bayi anda secara berterusan,pasukan pembedahan yang dapat bertindak dengan cepat,dan berkebolehan untuk memberi bius dan pemindahan darah 24 jam .
5.       Jika boleh,beri peluang untuk bersalin secara normal-ubat untuk membantu proses bersalin sebolehnya dielakkan,ini untuk mengelakkan dari berlakunya risiko rahim terkoyak terutama jika cerviks masih ketat dan belum sedia untuk bersalin.
6.       Bersedia untuk sebarang kemungkinan  C-section –terdapat segelintir wanita hamil atau wanita bersalin memerlukan C-section walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersalin secara normal.Sebagai contoh,jika wanita tersebut mendapat preeclampsia atau sebarang komplikasi ,masalah dengan uri atau tali pusat,bayi dalam keadaan songsang,proses bersalin gagal atau bayi dalam perut tidak tahan kontraksi semasa kelahiran.

SUMBER DARI - http://cyberclinics.org