Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

pESAN dR aZIZAN osMAN

Untuk membezakan orang berjaya dan orang gagal adalah, orang yang berjaya ada senarai impian atau WISH LIST!...Itulah antara pesanan Dr.Azizan Osmana masa dalam IMKK sesi kali ini. So, let us check..duduk diam-diam, lebih baik lepas SolatDhuha pagi ni..kita terus senaraikan 101 impian kita..
Ini adalah perkara paling pertama kita kena buat. Masa nak tulis impian ni nanti, tak perlu risau tentang roadblock kita ke...tembok kita ke.. kolam ke...Itu semua nanti citer lain, yang penting kita hidup mesti ada impian!..Impian kita masing-masing tak sama, tapi pointnya sama je saya rasa..Nak rezeki yang banyak atau nak kaya, nak berjaya, nak bahagia, nak hidup sihat dan nak hidup yang di berkati.
Tapi, jangan lupa, segala impian tu mestilah tulis dengan specific, ada ciri-cirinya.Tak nak tulis yang general ok..Contohnya kalau nak kaya mesti ada amountnya, RM 10 ribu ke, RM 100 ribu ke.Dan, set date untuk kita capai apa yang kita impikan itu.Maksudnya, kalau nak kereta BMW, bila kita nak? Tapi jangan la set yang tak logik..macam nak bulan depan ke..Buat date yang logik lah ye....
Tulis sebanyak-banyaknya impian kita tu, seboleh-bolehnya 101 impian kata Dr. Azizan..jangan kurang, tapi kalau ada lebih lagi bagus..Ingat, Allah sangat suka kita meminta-minta padaNya.Allah sentiasa menunggu submission kita kerana Allah ingin menunjukkan kekuasaanNya!..Bukankah ALLAH MAHA BERKUASA?..Jadi, tak ada masalah kita boleh mintak apa saja..The sky is the limit!..Allah tak pernah kata, kita kena limitkan permintaan kita..Kalau yang kerja clerk tu, tak boleh mintak lebih-lebih..Tak!..Allah tak pernah kata macam tu. Ingat ye, kita jangan hadkan imaginasi kita!..Kita jangan ingat macamana Allah nak bagi...Itu semua kerja Allah, ALLAH MAHA KAYA...Allah hanya tunggu kita meminta dan merayu padaNya, kerana ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI!...
Malu?....
Nak mintak dengan Allah pun malu? Ada orang malu nak mintak sebab dia kata dia banyak buat dosa selama ni...Dia rasa Allah tak sayang dia, Allah pasti tak akan bagi apa yang dia mintak...Siapa yang ingat macam tu?
Hihihiii...saya lah tu..dulu pikir macam tu, takkan aku yang banyak dosa ni Allah nak perkenankan doa kita? Kan?..
Salahhhhhh!!!.............
ALLAH MAHA PENYANYANG.....Allah memang nak bagi!!..Serius, percayalah...ALLAH bukan Maha Pendendam macam kita..Orang buat salah sikit, sampai bila-bila pun tak nak cakap dah..tak nak tengok muka dah..tak nak kawan dah..dah benci!..Dah niat tak akan dimaafkan sampai bila-bila...Itu sifat siapa?...Itu sifat manusia,manusia yang hina!!...Allah tak macam tu, ALLAH MAHA PENGAMPUN!..Siapa yang buat dosa, bertaubatlah...Solat taubat, dan merayu pada Allah supaya dosa kita diampunkan...Bersangka baiklah dengan Allah...ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..Ya Rahman, Ya Rahim.....
Rupanya bila saya mula bersangka baik dengan ALLAH, segalanya berubah!...Memang betul-betul Allah akan makbulkan apa saja yang kita mintak...Sama ada cepat atau lambat saja..Takpe, tapi memang dah tahu..dalam list kita tu nanti..kita akan potong satu persatu, menandakan kita dah dapat!...Best tauu....This is amazing experience!..Kami dah merasanya..Kami dah start menulis lepas keluar IMKK 2010. Alhamdulillah, terima kasih ye Doc..Ilmu ni sangat-sangat bermakna kepada kami...Kalau tak tulis memang tak tau macamana nikmatnya bila kita dapat nampak apa yang kita mintak tu Allah beri...beri..beri...satu per satu!..
Tapi, kenapa kena tulis?... Tak boleh ke kalau tak tulis?
Kalau kita doa macam dulu-dulu mak ayah, ustazah kita ajar saja tak cukup ke?..Boleh..tak ada masalah, cuma...tulis dulu, then lepas tu nanti kita doa lah macam biasa..tak ada masalah...Bukan apa, bila tulis tu macam submission untuk Allah tahu apa yang sebenarnya kita nak..Selagi tak tulis, selagi dalam bayangan kita saja..Itu macam angan-angan saja..Mentor saya cakap, angan-angan kalau tak ditulis, ia akan jadi angan-angan mat jenin...Tapi kalau angan-angan tu ditulis, ia menjadi IMPIAN...
Lagi satu, bila kita tulis tu...kita akan nampak segala permintaan kita akan Allah tunaikan..Jadi, kita akan mula bersyukur..kita akan sedar bahawa, wow banyaknya Allah dah beri pada kita..Kalau kita tak tulis, Allah perkenankan jugak doa..Cuma, kita tak boleh nampak dah apa yang Allah beri..lama-lama kita lupa..Bermaksud, takut kita semakin lupa tentang kekuasaan Allah..takut, kita semakin lupa tentang kasih sayang Allah pada kita..Bila tulis, kita boleh tengok balik..apa yang Allah dah bagi kita 3 tahun lepas..Kalau yang dah 5 tahun tulis, of course dah 1 buku wish list dia..Mesti dah banyak yang dia dah dapat..Dari situ, akan datangnya rasa bersyukur terhadap nikmat yang Allah dah berikan kepada kita..
Dari situ, kita akan nampak betapa banyaknya impian kita yang dah dikabulkan Allah...Dari situlah kita akan rasa bersyukur..bersyukur..bersyukur...
Ada limit tak permintaan kita?..
Syaratnya, tulis saja apa yang kita fikir kita nak..Tak payah limitkan permintaan kita..DON'T LIMIT YOUR IMAGINATION!..Jangan fikir, aku ni exec biasa je...takkan nak mintak income 20 ribu? Tak ada masalah, mintak saja..Tak payah pikir macamana Allah nak bagi..Itu semua kerja Allah!..ALLAH MAHA KAYA, Dia taulah nak buat macamana, Dia tau lah jalan mana yang dia nak bagi kat kita..Yang terbaik untuk kita..Mungkin 20 ribu tu bukan dalam bentuk gaji, tapi dia buka jalan untuk berbisnes ke?..
Whatever jalannya lah...kita tak payah pikir...ALLAH MAHA MENGETAHUI...Yakin padaNya...Dia MAHA PENCIPTA ALAM, takkan permintaaan kita yang sekecik itu pun Allah tak boleh bagi?..Jadi, tak ada masalah kita boleh mintak apa saja..The sky is the limit!.. Percayalah, yakinlah..Kerana, Allah hanya akan beri kepada kita yang yakin pada kasih sayangNya, yakin dengan kekuasaanNya..yakin pada kewujudanNya..
WALLAHU'ALAM...

Tuesday, January 28, 2014

BAGAIMANA ORANG CINA BERNIAGA?





Suka saya kongsikan beberapa tip berniaga orang cina, yang tak sempat nak bercakap di seminar Transformasi Minda Usahawan di Keramat Mall dua hari lalu. Ramai juga sahabat kita yang tak berpeluang untuk turut serta meminta tip-tip sebagai panduan untuk memajukan diri dalam bisnes.

Apa kata peniaga bangsa Cina :

1) Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan

2) Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan

3) Semakin banyak derma dan sumbangan semakin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung

4) Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan

5) Tidak ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.

6) Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil

7) Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"

8) Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.

9) Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.

10) Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.

Sila kongsikan kepada rakan bisnes anda!

Credit 

Wednesday, December 11, 2013

Bagaimana menikmati sakit?

Sakit...
Semua orang tidak mengharapkan sakit...
Tapi kita sebagai manusia tidak mampu untuk menolak sakit begitu sahaja.

Sebagai muslim ada beberapa perkara kita boleh buat untuk menikmati sakit itu:

1. PErbanyakkan mengigati ALLAH.
2. Berdoa meminta kesembuhan.
3.Perbanyakkan membaca Al-Quran. Al-Quran adalah ubat.
   "Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian"
(Al Isra'(17):82)
4.Jangan biasakan meminum ubat.
   Allah telah mencipta badan manusia antibodi atau sel penyerang virus semulajadi. Iktiar dengan   pelbagai cara.. Hindari ubat kimia kerana memberi kesan sampingan.
5. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah. Teruskan berusaha dan bertawakal. 

rujukan buku mengapa Rasullah s.w.a tidak mudah sakit.

Wednesday, September 4, 2013

Memahami Lemak dan Minyak



Lemak dan minyak biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan, tetapi badan anda masih memerlukan lemak dan minyak untuk berfungsi dengan baik.
Lemak dan minyak yang terdapat dalam makanan daripada sumber tumbuhan dan haiwan membekalkan anda dengan asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Lemak adalah salah satu daripada tiga nutrien makro yang membekalkan tenaga untuk tubuh badan anda, di samping karbohidrat dan protein. Lemak juga membantu badan anda menyerap vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K, serta memberi rasa yang enak kepada makanan.
Minyak merupakan cecair pada suhu bilik, sementara lemak hadir dalam bentuk pepejal.

Kenali pelbagai jenis lemak

Badan anda memerlukan pelbagai jenis asid lemak. Mengenali pelbagai jenis asid lemak boleh membantu anda dalam menjaga tahap kesihatan dan pengurusan berat badan. Terdapat dua jenis asid lemak utama dalam makanan iaitu asid lemak tak tepu dan asid lemak tepu.
  1. Asid lemak tak tepu
    Asid lemak tak tepu banyak terdapat dalam makanan daripada sumber tumbuhan seperti minyak sayuran, kekacang, bijian dan juga dalam sesetengah ikan laut-dalam. Dua jenis asid lemak tak tepu ialah:
·         Asid lemak mono tak tepu (MUFA)
Jenis asid lemak yang banyak terdapat dalam makanan dan minyak daripada sumber tumbuhan seperti minyak sawit, minyak zaitun, minyak kanola, kacang gajus dan kacang tanah.
·         Asid lemak poli tak tepu (PUFA)
Jenis asid lemak yang banyak dalam makanan dan minyak daripada sumber tumbuhan seperti minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji matahari dan sesetengah ikan laut-dalam.
  1. Asid lemak tepu
    Asid lemak tepu banyak terdapat dalam makanan sumber haiwan seperti daging, susu, produk tenusu, minyak ghee dan lemak khinzir. Sesetengah makanan daripada sumber tumbuhan juga mengandungi asid lemak tepu seperti santan dan minyak kelapa.

Jenis-jenis asid lemak lain

  1. Asid lemak trans (TFA)
    Kebanyakan asid lemak trans dihasilkan semasa proses penghidrogenan asid lemak tak tepu (MUFA dan PUFA). Kajian mendapati bahawa asid lemak trans seperti marjerin dan makanan yang mengandungi asid lemak trans dapat meningkatkan tahap kolesterol tidak baik (LDL) dan merendahkan tahap kolesterol baik (HDL) dan seterusnya meningkatkan risiko anda mendapat penyakit berkaitan jantung.
  2. Kolesterol
    Kolesterol hanya terdapat dalam makanan sumber haiwan seperti daging dan telur. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan boleh menyerap sedikit kolesterol daripada makanan. Kolesterol berlebihan dalam diet boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL dan menambahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Apabila lemak menjadi tidak baik

Lemak, tidak kira jenis apa pun akan menjadi tidak baik sekiranya diambil secara berlebihan. Ini kerana lemak mempunyai kalori yang tinggi (dua kali ganda daripada karbohidrat dan protein untuk kuantiti yang sama). Mengambil makanan yang tinggi lemak meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obes. Asid lemak tepu, terutamanya daripada sumber haiwan boleh meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah dan kolesterol LDL yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Berapa banyak perlu ambil lemak?

Anda boleh mengikut saranan pengambilan lemak setiap hari dalam Panduan Diet Malaysia. Jumlah pengambilan lemak harian anda seharusnya tidak lebih daripada 20-30% (atau 44-67gram*) daripada jumlah kalori harian anda. Ia bersamaan dengan 5 sudu makan minyak.
*berdasarkan kepada purata pengambilan 2,000 kalori setiap hari.
Tip pengambilan lemak secara sihat
Memandangkan badan anda memerlukan pelbagai jenis lemak, ia perlu diambil secara bijak. Semasa memasak:
  • Gunakan campuran minyak masak; contohnya campurkan 1 cawan minyak sawit dengan 1 cawan minyak PUFA seperti minyak jagung.
  • Jangan menggunakan minyak masak yang sudah bertukar warna kerana komponen berbahaya mungkin telah dihasilkan.
  • Kurangkan memasak secara menggoreng dengan minyak yang banyak dan menyalut makanan dengan tepung semasa menggoreng.
  • Buang lemak dan kulit daripada daging dan ayam sebelum memasak.
  • Orang dewasa yang berlebihan berat badan dan obes boleh memilih untuk mengambil produk tenusu yang rendah lemak.


Monday, September 2, 2013

Aku Shaklee mlm

Bulan september genap dah setahun jadi ahli shaklee...
Orang lain setahun dah dapat beribu-ribu... aku baru beratus-ratus... sedih untuk diri sendiri
padan muka tu laa mak dah pesan ikut ape yang dah adaa... duplicate ajee... aku degil ...banyak naa soal pastu buat bodoh sombong padan muka aku..
23 ogos 2013 buat julung-julung kali nyee aku mencemar duli g opis mamafaiz
tak penah-penah bawa kereta keluar dari putrajaya... disebabkan ingin mencari ilmu ku paksakan diri drive sensorang g sana... tak laa jauh mana pun...kikiki...
sangat menerujakan, sangat banyak info yang diberi kan sangat sangat berguna... semenjak itu laa menekatkan diri untuk keluar dari comfort zone... dengan en suami pun ku heret sekali...nasib mahu mengikut...bagus abang ku sayang...nie yang makin sayang nie...muaah....hmuah
kak cery tanye brape u nak dalam shaklee ... target saya yang terdekat nie bulan oktober 2013 mesti dah dapat ribu-ribu laa doakan yea kekawan ...jangka panjang sampai dah layak beli rumah depan tasik cempaka bangi... rumah kat ctu cantik laaa....


geng shaklee tekun menuntut ilmu

gamba kenangan magic sesi
saya rase bersyukur sangat join group bawah jutawan nie atas bimbingan leader-leader yang sangat hebat... mommy saya  master   zura betty
Dalam group jutawan nie bukan setakat boleh menambah pendapatan... boleh meningkatkan amalan rohani kita... makin dekat kita dengan allah...makin sayang laaa allah dengan kita... sejak join group nie laaa saya belajar lagi bertambah-tambah yakin memang saya dah tahu janji allah tu benar tapi buat dek ajee... lepas join group nie mata makin dibuka buka janji allah itu sesungguhnya benar.. terlalu banyak ilmu yang sangat berguna ilmu duniawi dan ilmu akhirat... kira nyaa dedua dapat laaa... baru jutawan muslimah gitu... 

sejarah saya dengan mlm nie tersangat banyak...yelah kate nak kaya cepat... hai-o penah join...zhulian penah join.. lampe burger... bayangkan tu dah brape ribu saya abis dah untuk daftar ajee.... yelah time dulu kala mesti daftar kene ambik pakej yang mahal laa... waawaaawaaawaaa abis duit..kalau simpan dah beribu ribu duit aku agaknyee.... pengalaman
tapi alhamdulillah dengan shaklee sangat sangat berhasil... tiap bulan dapat bonus... rajin usaha banyak laa bonus.. tu stuju...
 memula join shaklee dulu memang niat nak tambah pendapatan... search dalam intenet cari laa produk2 yang sesuai untuk di jual... cari punya cari terpergi ke blog zura betty... trus pm dia tanye camne nak jadi ahli...dia kate nak jadi ahli cume rm75.00 ... tanpa pikir panjang trus register dengan membabi buta...kikiki... pastu zura follow up camne ok tak... aku buat bodoh sombng padan muka aku kan...
 pas 5 bulan join baru dapat semangat ...keyakinan yang kental dan waja... bermula beriklan menerusi muka buka  dan page dan blog..



nanti follow tau kekawan yang baca nie...kikikiki terima kasih...
Lepas register dengan membabi buta... baru tanye tak pe up line duk jauh...upline saya duk johor..
zura jawap takpe sebab kita buat online... zura cakap upline dia pun jauh kat sabah  master laila...
tapi semua orang boleh berjaya..
zaman dah serba canggih boleh watsaapp..boleh chat dlm phon dalam fb... memacam laaa dunia tanpa sempadan kan..
 jadi nyaa sekarang takda dah alasan kenapa saya tak berjaya macm orang lain  
AKU PUN MESTI BERJAYA MACAM YANG LELAIN JUGAK
DOA KAN AKU SEMUA KEKAWAN YEAA 
MENJADI JUTAWAN MUSLIMAH YANG BOLEH MEMBANTU RAMAI LAGI KAWAN-KAWAN DI LUAR SANA YANG MAHUKAN PERUBAHAN DAN MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA.

Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ emailnbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat