Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti
oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula
dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali
digabungkan bersama?
Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin
paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang
pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan
tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu
penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari
dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil
penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema
dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan
vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia
merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi
mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam
plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin
A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami
masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih
rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau
mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E,
termasuklah:
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin
penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim
seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta
karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada
vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan
boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida.
Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan
penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang
sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati
agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga
kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat
memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan
minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka
yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan
pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini.
Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah
dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk
melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan
radikal bebas.
__sumber:
utusan.com.my_
Akhir
kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin
meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertai Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah
bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di
talian 016-3237822 @ email nbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat
No comments:
Post a Comment