Tanpa kita sedari dalam aktiviti seharian kita, ada banyak 
perkara yang mendorong kepada nafsu makan yang meningkat mendadak. Ha, 
lepas tu mulalah pening kepala bila berat badan pun ikut bertambah. 
Lebih-lebih lagi untuk anda yang banyak menghabiskan masa di pejabat. 
Dengan suasana sejuk di pejabat pasti sahaja mengundang rasa lapar. 
Okay, jom baca empat trick mudah dan kawal selera makan anda!
 
 Jangan skip waktu makan
 
 Jika anda rasa skip waktu makan boleh mengurangkan berat badan, anda 
ternyata salah! Walau sesibuk mana pun anda, makanlah pada masa yang 
betul. Anda boleh merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan 
snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat. 
Cara ini bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, 
malah rasa lapar juga akan dapat dikawal.
 Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuatiti makanan yang diambil 
juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.
 
 Dapatkan tidur yang cukup
 
 Eh, apa kaitan tidur dengan selera makan? Ha, kalau anda nak tahu ada 
yang menyangka kurang tidur mungkin dapat membakar lebih kalori. 
Baiklah, ini kebenarannya. Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, 
badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan 
mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini 
secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan 
kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.
 Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana 
risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba 
untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.
 
 Minum air yang banyak!
 
 Apabila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh 
menambah sedikit perahan lemon agar terdapat sedikit perasa .  Air dapat
 membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat 
dikurangkan.
 
 Periksa sebab rasa lapar
 
 Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda 
makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut. 
 Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut 
anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata. Ia lebih
 kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. 
Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada 
kegemukkan. Ouch!-RAPI
No comments:
Post a Comment