Judul editorial yang dimaksudkan ialah Enough is enough: stop wasting money on vitamin and mineral supplements. Maksud dalam bahasa Melayu ialah Cukup-cukuplah: berhenti daripada membazir wang ke atas vitamin dan mineral.
Akhbar utama dunia seperti CBS News, NBC News. BBC, CNN dan Forbes sudah tentu menjadikan editorial tersebut sebagai bahan berita yang menarik untuk disiarkan. Kesemua akhbar tersebut dikatakan oleh ramai pengkritik sebagai gemar menyiarkan berita yang berat sebelah terutama berita berkaitan kajian berkaitan keberkesanan rawatan.
Judul berita bersandarkan kepada editorial tersebut masing-masing berbunyi multivitamin researchers say “case is closed” after studies find no health benefits’ (CBS News); ‘Two new studies debunk benefits of multivitamins’ (NBC News); ‘The problem with taking too many vitamins’ (BBC); ‘Are multivitamins a waste of money? Editorial in medical journal says yes’ (CNN); ‘Case Closed: Multivitamins Should Not Be Used’ (Forbes); dan ‘Vitamins are waste of money and could harm health, claims nutritionist’ (Telegraph).
Semua berita yang disiarkan tersebut seolah-olah mencerminkan secara umum mengenai mengamalkan pengambilan suplemen vitamin dan mineral tidak mendatangkan manfaat kepada kesihatan.
Berat sebelah
Pakar perubatan berasaskan pemakanan, Dr Alan R Gaby, yang juga mantan Presiden American Holistic Medical Association dipetik sebagai berkata, pihak editorial dilihat berat sebelah dan kurang cermat dalam menjalankan kajian, kurang ilmu dan bercelaru dengan kaedah yang terlibat.
Menurutnya,
pihak editorial berat hanya menjalankan analisa luaran ke atas kajian yang
rencam dan luas berkaitan kesan suplemen pemakanan kepada kesihatan.
Pihak editorial menumpukan perhatian terhadap tiga kajian seperti dilaporkan dalam Annals. Kajian pertama mendapati subjek yang mengambil vitamin dan mineral dos tinggi selepas mengalami serangan jantung didapati mengurangkan kadar kekerapan mengalami masalah kardiovaskular (termasuk serangan antung, strok atau pembedahan jantung) sebanyak 11 peratus berbanding plasebo.
Oleh sebab angka tersebut tidak signifikan secara statistik maka pihak editorial membuat kesimpulan secara tidak benar dengan menyatakan rawatan menggunakan multivitamin dan mineral tidak berkesan.
Bukankah kegagalan untuk menunjukkan sesuatu kesan sebagai signifikan secara statistik tidak serupa dengan menunjukkan ketidakwujudan sesuatu kesan?
Mengapa pihak editorial tidak membuat kesimpulan yang betul dengan menyatakan suplemen pemakanan mengurangkan angka masalah kardiovaskular sebanyak 11 peratus.
Oleh kerana peratusan ini tidak signifikan secara statistik, kami mendapati kesan kepastian suplemen pemakanan berlaku kurang dari 95 peratus.
Kajian kedua yang dijalankan pihak editorial seperti dilaporkan dalam Annals, mendapati pengambilan harian multivitamin menggunakan multivitamin jenama Centrum berkuasa rendah selama tempoh purata 8.5 tahun.

Kajian
yang dikenali sebagai Physicians’ Health Study II tersebut menunjukkan ia tiada
kesan ke atas fungsi kognitif subjek yang terdiri daripada kalangan orang tua.
Bagaimanapun, terdapat dua kajian berasingan tidak disentuh langsung pihak editorial yang mendapati pengambilan harian multivitamin berkuasa tinggi memberi beberapa kesan positif. Kajian pertama berjudul Oral folic acid

and
vitamin B-12 supplementation to prevent cognitive decline in community-dwelling
older adults with depressive symptoms - the Beyond Ageing Project: a randomized
controlled trial seperti dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutirion
(2012) itu mendapati pengambilan harian 400 mikrogram asid folik dan 100
mikrogram vitamin B12 mampu memperbaiki fungsi kognitif secara signifikan pada
subjek orang tua.
Sebuah kajian lain
yang berjudul Homocysteine-lowering by B vitamins slows the rate of accelerated
brain atrophy in mild cognitive impairment: a randomized controlled trial’
seperti diterbitkan dalam jurnal PLoS One (2010) mendapati pengambilan suplemen 800
mikrogram asid folik, 500 mikrogram vitamin B12 dan 20 miligram vitamin B6
berupaya memperlahankan kadar kerosakan otak pada subjek-subjek terdiri
daripada orang tua yang mengalami masalah kognitif tahap sederhana.Kajian bersifat negatif
Terdapat dua perbezaan utama antara dua kajian positif seperti penulis sampaikan di atas dengan kajian negatif yang dilaporkan dalam editorial jurnal Annal. Perbezaan pertama ialah berhubung jumlah vitamin B12 yang dirujuk oleh pihak editorial adalah kajian bersifat negatif.
Jumlah
vitamin B12 jenama Centrum Silver yang digunakan adalah rendah iaitu 25
mikrogram.
Paras ini jauh berbeza dengan paras yang digunakan dalam dua buah kajian yang menghasilkan keputusan positif seperti disebutkan di atas di mana kajian pertama menggunakan 100 mikrogram dan kajian kedua menggunakan 500 mikrogram.
Kehilangan fungsi kognitif memang telah diketahui berpunca daripada kekurangan vitamin B12. Sungguhpun semua kajian berkaitan suplemen (makanan tambahan) menggunakan sukatan melebihi kadar Recommended Daily
Allowance untuk vitamin B12, kajian terkini menunjukkan ramai orang tua memerlukan vitamin B12 yang jauh lebih tinggi iaitu 500 mikrogram atau lebih untuk kebanyakan kes untuk mencapai paras vitamin B12 yang optimum.
Kajian dimaksudkan
itu berjudul Homocysteine-lowering by B vitamins slows the rate of accelerated
brain atrophy in mild cognitive impairment: a randomized controlled trial.’
diterbitkan dalam jurnal PLoS One (2010). Punca lain berpotensi menyebabkan
kajian yang digunakan oleh pihak editorial sebagai rujukan menghasilkan
keputusan negatif ialah pil jenama Centrum Silver yang digunakan dalam kajian
menggunakan beberapa pewarna tiruan berasaskan Aluminium.Paras ini jauh berbeza dengan paras yang digunakan dalam dua buah kajian yang menghasilkan keputusan positif seperti disebutkan di atas di mana kajian pertama menggunakan 100 mikrogram dan kajian kedua menggunakan 500 mikrogram.
Kehilangan fungsi kognitif memang telah diketahui berpunca daripada kekurangan vitamin B12. Sungguhpun semua kajian berkaitan suplemen (makanan tambahan) menggunakan sukatan melebihi kadar Recommended Daily
Allowance untuk vitamin B12, kajian terkini menunjukkan ramai orang tua memerlukan vitamin B12 yang jauh lebih tinggi iaitu 500 mikrogram atau lebih untuk kebanyakan kes untuk mencapai paras vitamin B12 yang optimum.
Bahan pewarna tersebut ialah FD&C Yellow 6 Aluminum Lake, FD&C Blue 2 Aluminum Lake dan FD&C Red 40 Aluminum Lake.
Kesemuanya berpotensi menyebabkan kesan negatif kepada fungsi kognitif. Pewarna tiruan memang telah dikenal pasti menyebabkan kesan negatif terhadap perangai kanak-kanak walaupun pun masih belum terdapat kajian berkaitan kesannya kepada orang dewasa.
Kajian sains mendapati pendedahan kepada aluminium secara jangka panjang dikaitkan dengan pembentukan penyakit Alzheimer. Dengan penjelasan ini, suplemen berkuasa rendah yang mengandungi bahan aditif berpotensi berbahaya tidak sepatutnya meremehkan kesan positif hasil pengambilan suplemen berkuasa tinggi seperti dilaporkan dalam kajian lain.
Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.
sumber kalau aku cakap nie penulisan aku memang ko org tak caye laa kan?? sebab aku bukan DR
No comments:
Post a Comment