Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet?
Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk
membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda
Cuba timbang
berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda
mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat
badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan
minggu-minggu seterusnya
Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis
di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di
monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu
tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain
seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam
sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya
mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang
anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih
baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis
berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil
untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini,
anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.
Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya
akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air.
Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti
teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.
Ambil sarapan setiap hari
Pengambilan sarapan dapat membantu anda
meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar
optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah
makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti
oat.
Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian
Ada orang yang betul-betul menjaga
makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak
menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda
disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan
kuantiti dan kalori snek tersebut.
Makan malam dengan tenang
Elakkan makan dengan cepat semasa anda
makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang,
cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda
perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.
Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton
televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan
terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang
anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda
ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.
Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang
manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark
chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan
stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda
terasa lapar di tengah-tengah malam.
Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat
tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari.
Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin.
Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam
sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan
pada badan anda.
No comments:
Post a Comment