Wednesday, September 4, 2013

Panduan mengecilkan lengan



Di bawah ini akan dikongsikan tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

1. Angkat berat
Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

2. Makanan
Anda mestilah tahu apa yang anda makan dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

3. Minum banyak air
Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

4. Aerobik
Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah.


Anda juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan yang anda sedang menumbuk sesuatu untuk mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.

5. Boxing
Boxing merupakan salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’  ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

6. Push-up
Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.

Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian anda samada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti sihat, anda tidak boleh tergopoh-gapah untuk melihat hasilnya. Anda perlu bersabar kerana kadang-kadang ia boleh menunjukkan hasil dengan pantas, dan kadang-kadang sebaliknya.
Apa sekalipun, anda janganlah mudah berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan dan lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai ! It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu ingat, you reap what you sow!




No comments:

Post a Comment