Tuesday, July 23, 2013

SLE - Systemic Lupus Erythematosus

SLE ialah penyakit autoimun kronik, dimana badan pesakit meghasilkam protein darah dengan banyak. Protein darah yg dipanggil antibodi itu dgn sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorg.

Pantang larang penyakit ini pelik iaitu tidak boleh terkena cahaya matahari. Bunyinya seperti kisah dongeng pontianak, namun ini adalah peraturan yg harus dipatuhi.

Lupus pula diambil drpd perkataan Latin bg serigala. Erythematosus pula bererti ruam merah. Pada 1851, Dr Cazenave menjumpai ruam merah pd muka seseorg pesakit yg kelihatan padanya seolah-olah gigitan serigala. Lantaran itu, beliau menamakan ruam berkenaan Discoid Lupus Erythematosus (DLE).

Pada 1885 pula, William Osler mengenalpasti ramai orang menghidap lupus mempunyai penyakit yg bukan saja membabitkan kulit tetapi juga organ dan sistem lain dan kerana itu juga beliau menamakan penyakit nerkenaan SLE.

Menurut kata Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Soehardy Zainudin, SLE lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki dan puncanya masih tidak diketahui sehingga kini.

Penyakit ini boleh menyerang tanpa menunjukkan simptom tertentu. Dalam kata lain, ia menyerang secara senyap dan sesiapa saja berisiko. Kira-kira 90% wanita yg menghidap SLE berada dlm lingkungan usia 15 hingga 40 tahun.

Selain menyerang kulit, SLE boleh menyebabkan gangguan pd sendi, tulang, mata, jantung, hati, perut, usus dan ginjal.

Tiada simptom umum mengenai penyakit ini. Namun ada yg mengalami demam, mendapat ruam, keguguran rambut, sakit sendi, mudah penat dan murung.

Antara simptom umum ketika penyakit dlm peringkat aktif termasuk keletihan, demam, selsema, sakit otot dan sendi, tompok merah berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi, lebih teruk jika terdedah pd cahaya matahari, rambut gugur, radang pada tisu luar jantung dan paru-paru, tiada selera makan dan hilang berat badan.

Ada kala penyakit ini turut menyerang wanita mengandung. Mereka dinasihatkan supaya tidak mengandung sehingga pe yakit terkawal kerana ada beberapa jenis ubat diambil boleh menyebabkan komplikasi kehamilan, termasuk keguguran serta membahayakan nyawa ibu dan anak, katanya...

JENIS PENYAKIT LUPUS

1. Discoid Lupus Erythematosus (DLE)
*Membabitkan kulit shj
*Tidak melarat ke organ tubuh lain

2. SLE
*Boleh merebak ke organ lain
*Boleh membawa maut

PUNCA SLE
*Jangkitan virus
*Hormon
*Faktor persekitaran
*Keseluruhan

Tanda dan gejala SLE
*Sakit pd sendi
*Demam berlarutan
*Lesu
*Ruam-ruam pd kulit muka dan badan
*Anemia
*Sensitif pd cahaya matahari
*Ulser mulut
*Keguguran rambut

 




PANDUAN UTK LESAKIT SLE

*DIET: kenali makanan yg sesuai dgn sistem pertahanan rubuh sendiri dan makanan harus seimbang dan berkhasiat

*SENAMAN: Senaman membantu memperbaiki pergerakan sendi tetapi jangan melakukan senaman lasak

*TEKANAN: Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sebaliknya sentiasa berfikiran positif

PERLINDUNGAN KULIT
*Memakai perlindung matahari SPF=/-45
*Menggunakan payung, topi atau baju lengan panjanh bg mengelakkan terkena pancaran matahari
*Memakai cermin mata hitam

UBAT-UBATAN

*Makan ubat mengikut arahan doktor
*Jangan sesekali berhenti makan ubat tanpa arahan doktor
*Jangan makan ubat hospital bersama ubat-ubat lain kerana dikhuatiri wujud tindakbalas ubat tersebut

RAWATAN SUSULAN
*Patuhi jadual susulan yg ditetapkan

‪#‎sumber‬# METRO AHAD# 2 JUN 2013

No comments:

Post a Comment