INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA
MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.
Ternyata dari pembacaan cda, Shaklee
antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)
1. Produk MLM ini mestilah
dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar
bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik
dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah
dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan
hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu
ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek
mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan
perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan
barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan
kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada
komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen
dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen
bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan
nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia
menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya
permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si
ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi
komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian.
Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen
kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat
atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan
sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di
sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti
mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang
seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya
menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan
terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak
membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa
usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke
atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin
tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan.
Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan
begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim
piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala
hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran
mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat
keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih
hebat.
8. Mempersembahkan system
komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh
ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran
di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu
perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah
pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
No comments:
Post a Comment