11 Tips Luka Cesarean (Pembedahan) Sembuh.
Melahirkan anak secara pembedahan (Ceaserean) memerlukan kita menjaga
luka tersebut dengan lebih rapi lagi..memandangkan luka dan jahitan
tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi, penjagaannya juga
agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina. Oleh itu,
saya nak share kan sedikit tips-tips yang boleh puan-puan ambil untuk
mempercepatkan luka pembedahan puan cepat sembuh, moga ianya boleh
dimanfaatkan ye…
Antara tips-tips berikut adalah:
1. Membuat pergerakan diawal pembedahan
Mungkin ramai ibu-ibu yang tak berani nak bergerak selepas pembedahan
yang besar, alasannya kerana takut benang jahitan akan terbuka tapi
kalau kita membuat sebarang pergerakan ia akan mengurangkan risiko darah
beku dan fenomena jahitan terbuka ini memang jarang sangat nak
berlaku..tapi bila nak bergerak tu mintalah bantuan ahli keluarga atau
jururawat ye terutama pada beberapa hari selepas pembedahan
2. Makan makanan berzat dan seimbang
Selepas pembedahan, kita akan kehilangan bendalir tubuh, mineral dan
protin jadi di sarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak
protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan
mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan
terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia
tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah
mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli
dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap
hemoglobin anda.
3. Minum air secukupnya
Seperti yang
kita tahu air adalah agen pembuang toksin dalam badan namun ada juga
mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair
dan rahim kembang, nak percaya atau pun tak saya pun tak pasti tapi dah
namanya pun mitos kan. Kita disarankan untuk meminum air yang secukupnya
selepas kelahiran adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air, kerana
jika kita kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan
proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta
menyebabkan anda menjadi sakit. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya
lapan gelas sehari.
4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional
Pengambilan herba-herba dan ubat tradisional ni memang popular di
kalangan kita terutamanya dalam masyarakat melayu tapi tidak semua ubat
tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan
seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang
banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan
tekanan kepada buah pinggang anda.
Jadi nasihat saya sebelum
nak ambil apa-apa ubat tu, mintalah nasihat orang yang berpengalaman
dalam bidang ubatan tradisional dulu ye.
5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin selepas pembedahan
amatlah digalakkan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam
nadan kita dengan lebih cepat dan proses penyembuhan akan menjadi leih
cepat ini adalah kerana semasa pembedahan, anda akan kehilangan darah
yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal dan
kehilangan darah ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh
menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh.
6. Makan pil penahan sakit
Memang tidak disarankan untuk para ibu mengambil pil penahan sakit ini
namun sakit yang keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan
mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Untuk itu
dapatkanlah ubat penahan sakit yang sepatutnya untuk memastikan anda
berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang
menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari
jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu
dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.
8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut
sekiranya perlu tapi gunalah angin yang sejuk ye jangan yang panas pula
nanti rasa sakit pada kesan jahitan tu pulak. Jangan menggaru pada luka
atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh
meninggikan risiko jangkitan kuman.
9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat
dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan
bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan
angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan
memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang
lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas
pembedahan.
10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda
berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti
tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa
anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama
ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja
menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya
sendirian.
Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor
dengan segera.okay rasanya sampai di sini sahaja artikel saya kali ini
ye..harap-harap artikel ini bermanfaat untuk anda semua…:)
credit 2 https://www.facebook.com/RumahtanggaHarmoniKeluargaBahagia
No comments:
Post a Comment