Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin
 dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. 
Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah
 cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral 
yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada 
kita?
 
 Beberapa kajian 
menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan 
risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat 
memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu 
memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral 
dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun 
kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit 
dari dalam dan luar badan kita.
 
 Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
 Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
 pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
 membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
 untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan 
untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal 
keberkesanannya.
 
 Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh 
yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh 
kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai
 cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna 
sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita
 kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan
 sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus 
lemak tubuh yang meningkat bersama umur.
 
 Walaupun metabolisma 
membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh 
membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari
 proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak 
kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari 
serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin 
susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu 
mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
 optimum.
 
 Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang 
diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk 
bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. 
Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai 
diambil bersama ubat-ubatan.
 
 Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
 
     Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai 
masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana 
penyerapan adalah lemah.
 
     Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
 
     Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan 
emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak 
adalah terbaik.
 
     Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin 
berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya 
akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
di copy paste dari https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236.176260.373560576236/10151115187611237/?type=1&fref=nf 
No comments:
Post a Comment