Sunday, September 28, 2014

Apa Itu Riboflavin?

Diposkan oleh Heni Minata on Selasa, 11 September 2012
Apa itu Riboflavin? Riboflavin lebih dikenal sebagai vitamin B2 yang merupakan salah satu anggota dari keluarga vitamin B komplek. Vitamin ini dapat ditemukan dalam kandungan susu cair segar. Vitamin ini memiliki peranan penting dalam mengubah karbohidrat menjadi senyawa gula sederhana yang dikenal dengan nama glukosa. Tanpak adanya glukosa, tubuh tidak bisa memproduksi energi.
Berdasarkan RDA (Recommended Dietary Allowance), vitamin B ini wajib dikonsumsi setiap harinya. Banyak sedikitnya jumlah vitamin B yang harus dikonsumsi tergantung pada tinggi badan, berat badan, laju metabolism tubuh, umur dan asupan kolari yang ada dalam tubuh. Berikut saran dari RDA:
  • Pria dewasa (dimulai sejak berumur 14 tahun) setidaknya mengkonsumsi 1.3mg perhari
  • Wanita remaja (14-18 tahun) harus mengkonsumsi 1.0mg perhari
  • Wanita dewasa (dari umur 19 tahun) lebih baik mengkonsumsi minimal 1.1mg perhari

Dikarenakan vitamin ini merupakan vitamin yang sangat mudah larut jadi vitamin ini tidak akan disimpan oleh tubuh dalam waktu yang lama. Agar tubuh terus memiliki vitamin B2 ini untuk metabolism energy, sebaiknya Anda minum susu setidaknya segelas sehari. Selain susu, makanan lain yang mengandung vitamin B2 adalah
  • Suku kacang-kacangan seperti almond dan kedelai
  • Telur
  • Sayur mayur berdaun hijau
  • Biji gandum yang sudah dioleh (roti gandum) atau belum diolah
Orang yang kekurangan Vitamin B2 biasanya selalu merasa kelelahan, sensitif pada matahari, kuku pecah -pecah dan kulit kusam serta berkeriput. Lo kok bisa? Vitamin B2 selain membantu proses pembuatan energi, dia juga berkontribusi dalam membuat tubuh mudah menyerap beberapa vitamin serta mineral. Bahkan vitamin ini juga membantu dalam hal memproduksi sel darah merah baru. Nah, sekarang teman-teman udah pada tahu nih bahwa vitamin B2 sangat penting jadi jangan lupa minum susu cair segar dan mengkonsumsi makanan penghasil vitamin B2 lainnya. -hm

credit http://mirrorforest.blogspot.com

Thursday, September 18, 2014

Kenapa collagen powder Shaklee hanya ada di Malaysia

Saya nak tulis pendek je kali ni, nak cerita kenapa collagen powder produk jenama Shaklee hanya dipasarkan untuk pasaran Malaysia. Dalam banyak-banyak kolagen di pasaran, saya memilih jenama Shaklee sebab..hmm bukan semata-mata sebab saya ni distributor Shaklee. ada banyak sebab..I taknaklah  ulang la type sini..  korang baca semula kat link ni ada I cerita dulu.. klik kelebihan-kolagen-shaklee

 Dan I nak tambah satu lagi, untuk pengetahuan korang, Collagen Powder Shaklee ni hanya ada di pasaran Malaysia tauuu.. Haritu kat Global Conference Shaklee di US, distributor Shaklee US jeles sebab kat sana tiada...hihi.. Haa so korang ni bertuah. Ada yang tanya saya kenapa kolagen hanya ada di Malaysia tapi tiada di market US...  Kalau i nak terangkan panjang lebar la pulak.. Saya ringkaskan macam ni lah .. Ini berdasarkan apa yang faham lah..hihi... Ada banyak sebab,faktor dan kriteria kenapa Collagen Powder hanya ada di Malaysia. 

Macam yang saya cerita sbelum ni, Shaklee akan buat kajian (R&D ) dahulu sebelum keluarkan satu-satu produk... bertahun ye....bukan main bancuh bancuh dan tempek label sahaja. Kajian untuk produk dihasilkan dibuat berdasarkan beberapa faktor contohnya siapa yang perlukan,apa bahan2 yg digunakan.bahan tu pulak berbahaya ke tidak, tempat untuk dipasarkan kena kaji gak.. kat negara mana, iklim negara,keperluan masyarakat,...and lots more factor kene amik kira..,, packaging pun tak sama untuk setiap negara.. Contoh mcm nutriferon dlm bntuk powder kat malaysia . kat sana dalam bentuk tablet...pastu packaging kat US botol besar2 tau.. teringat aritu produk Vitalea besar sungguh botol. Canister performance drink pun besar.. maybe market sana diorang suke botol besar2... kat Malaysia ni suka botol kecik2..hihi.. pastu kene ingat cuaca kat Malaysia tak sama mcm kat US,,, kulit org asia pun tak sama dengan kulit matsaleh... itu belum sentuh rules dan regulation KKM.. kementerian kesihatan malaysia.. .mesti halal.. bukan boleh main pek gitu jer,.jadi special untuk malaysia okay.... sbb tu team US kene pastikan produk yg dihasilkn utk org malaysia comply dgn regulation KKM malaysia.. 

Ketika NC di Malaysia bulan Jun lepas, ada saya tanya dengan Roger,. I tanya kenapa vitalizer gold ada kat US.. takde kat Malaysia.. smart tau packaging diorang.. 4 jenis vit dalam satu pek.. Roger ckp..byk faktor kene amik kira.. bukan boleh main terus antar kontena produk kat Malaysia..kene comply rules .. sbb certain negara tak benarkan pack byk jenis vitamin dalam satu pek...pastu teringat gak time borak2 lunch session dgn MOM2 kat US.. diorang pun takde cinch tea mcm kita.. cinch tea diorang flavor promegranet kalo tak silap I.. eh panjang lagi lak kalao nak cite.... Nantilah cerita lagi pasal ni
copy dari  http://www.mamafaiz.com/

sementara ada promosi collagen untuk september baik cepat-cepat rebut peluang untuk menganjalkan kulit keseluruhan badan...
tak yah botok-botok lagi... Ade kat Malaysia aje tau... 

ikut permehartian saya... geng-geng shaklee yang ambil collagen semua nye nampak lagi muda n makin hari makin jelita... saya masih dalam proses ke arah jelita itu...



Monday, September 8, 2014

Tips Luka Cesarean (Pembedahan) Sembuh

11 Tips Luka Cesarean (Pembedahan) Sembuh.

Melahirkan anak secara pembedahan (Ceaserean) memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi..memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi, penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina. Oleh itu, saya nak share kan sedikit tips-tips yang boleh puan-puan ambil untuk mempercepatkan luka pembedahan puan cepat sembuh, moga ianya boleh dimanfaatkan ye…





Antara tips-tips berikut adalah:

1. Membuat pergerakan diawal pembedahan

Mungkin ramai ibu-ibu yang tak berani nak bergerak selepas pembedahan yang besar, alasannya kerana takut benang jahitan akan terbuka tapi kalau kita membuat sebarang pergerakan ia akan mengurangkan risiko darah beku dan fenomena jahitan terbuka ini memang jarang sangat nak berlaku..tapi bila nak bergerak tu mintalah bantuan ahli keluarga atau jururawat ye terutama pada beberapa hari selepas pembedahan


2. Makan makanan berzat dan seimbang

Selepas pembedahan, kita akan kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin jadi di sarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya

Seperti yang kita tahu air adalah agen pembuang toksin dalam badan namun ada juga mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang, nak percaya atau pun tak saya pun tak pasti tapi dah namanya pun mitos kan. Kita disarankan untuk meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air, kerana jika kita kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional

Pengambilan herba-herba dan ubat tradisional ni memang popular di kalangan kita terutamanya dalam masyarakat melayu tapi tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

Jadi nasihat saya sebelum nak ambil apa-apa ubat tu, mintalah nasihat orang yang berpengalaman dalam bidang ubatan tradisional dulu ye.




5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Pengambilan suplemen zat besi dan multivitamin selepas pembedahan amatlah digalakkan kerana ianya dapat meninggikan tahap hemoglobin dalam nadan kita dengan lebih cepat dan proses penyembuhan akan menjadi leih cepat ini adalah kerana semasa pembedahan, anda akan kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal dan kehilangan darah ini boleh menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh.

6. Makan pil penahan sakit

Memang tidak disarankan untuk para ibu mengambil pil penahan sakit ini namun sakit yang keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Untuk itu dapatkanlah ubat penahan sakit yang sepatutnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu tapi gunalah angin yang sejuk ye jangan yang panas pula nanti rasa sakit pada kesan jahitan tu pulak. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.okay rasanya sampai di sini sahaja artikel saya kali ini ye..harap-harap artikel ini bermanfaat untuk anda semua…:)


credit 2  https://www.facebook.com/RumahtanggaHarmoniKeluargaBahagia

Thursday, September 4, 2014

UMPAMA BELI KFC TAPAU MAKAN KAT MCD

Salam JUmaat.... idea untuk nak kongsi hari datang n terhasil selapas banyak sangat sangat ribut taufan berkenaan tak eloknta shaklee... boleh bawa mudarat laa...sokong israel laa... memacam laa...  umpama macam kapal terbang hilang...memula MH370 lepas tu MH 17... pastu merebak-rebak kapal terbang negara lain skali... camtu laa juga dengan shaklee tak ketinggalan dengan fenomena ribut taufan dia...

Apa yang berlaku aku akan tetap kental mengharugi nya... bagi aku maybe ini adalah dugaan untuk aku nak jadi master shaklee... insyaallah korang yang baca doakan tau... Noor baizura master coordinator shaklee 2016 nak g USA... jeles k tengok dia orang g sane di layan umpama duta kecil... UPSSSS lain pluk topik dia... itiu nak crite entry lain... abis idea acik nanti...

Bebaru nie pasal ribut taufan shaklee bersekongkol dengan israel... Alhamdulillah masalah itu dah terjawab dengan jaya.. Di jawab sendiri oleh CEO shaklee...
Yang terlama kisah pasal mealsshake dedak ayam... Pun alhamdulillah dah selesai n terjawab.
Yang sekarang nie pasal GLA Shaklee penyebab perut bengkak... Ish ish seram pluk aku rase.. Cam kene buatan orang...Tapi buatan orang pas beberapa bulan baru nampak kembung nya kan...

Dah melalut dah...
Ok pasal GLA kompleks tu pun alhamdulillah dah terjawab juga..

Itu laa apa sahaja yang kita nak buat n nak berbisness mesti wajib laa bagi saya berilmu n penjual menggunakan produk tu.. SO bila ade ilmu dan kita gunakan produk tu... apa aje masalah yang timbul insyaallah kita tak kan cepat mengelabah or terus tutup kedai..

Macam isu GLA tu boleh menyebabkan cyst..
Maybe bagi saya SID dia tak kenal bebetul siapa pembeli dia dan tak menerangkan bebetul pasal suplemen tu.. sebab sekarang nie SID shaklee memang ramai beribu-ribu lemon... so pembeli kene laa pandai n bijak mencari memilih penjual..

Saya banyak dapat kes macam nie... saya rase bukan saya sorang kot ramai yang dah terkene..
Situasi nya macam nie... Si A nie kate nak beli dengan saya suplemen tapi nanti laa... Ok alhamdulillah maybe rezeki saya... Tup tap tip tap 3 minggu kemudian mesage saya cari nak makan suplemen shaklee macam mane time bile... tak kan heran tu... Tapi takpe saya kongsi kan aje laa sesikit.. Niat nak menolong kan tapi sesikit laa kalau dia customer insyaallah berlebih kot saya terangkan.. itu satu hal

NIe situasi yang lain pluk.. kawan baik kita bertanya cara macam mane nak makan suplemen shaklee...bile tanye kenape ko tanye nanti ko beli aku bagi laa jadualnya.. Rupa-rupa nye dah beli ngan orang lain...Sebab kawan baik takpe laa aku tolong...
Ikut kan law nye siapa yang awk berurusan tanye laa dia...

UMPAMA BELI MCD MAKAN KAT KFC
camtu laa

 memilih saya sebagai penjual terima kasih.
insyaallah saya akan bantu selagi mampu. tapi kite kene laa ade give n take.. baru laa bersemangat nak memberi.. kekadang saya banyak sangat memberi cam syok sendiri pastu baru teringat aku nie macam menyibuk pluk.. tu yang terkedu trus tersenyap..

nak dapatkan produk shaklee boleh pm or watsap saya 016-3237822 @ https://www.facebook.com/Yuyaisihat?ref=bookmarks

Wednesday, September 3, 2014

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.


di copy paste dari https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236.176260.373560576236/10151115187611237/?type=1&fref=nf