DHA atau Asid docosahexaenoic adalah
sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97%
dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.
Keperluan Harian DHA
Menurut kajian yang dijalankan oleh
Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak
berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.
Kepentingan DHA
DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam
diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
DHA merupakan ramuan utama yang
diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara
sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan
membantu sel otak berhubung.
- Otak yang sihat akan melahirkan
pemikiran yang pintar.
DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak,
sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta
memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.
Sumber DHA
DHA boleh diperolehi secara semula
dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam
serta minyak kanola.
* Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil
akan mempengaruhi perkembangan otak anak.
* Anak-anak juga memerlukan DHA secara
terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna
sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.
No comments:
Post a Comment