Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan
pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber,
mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh
kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk
mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti
linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak
perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan.
Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.
Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk
tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3
yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain
ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika
dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA
terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan
amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan
sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan
yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan
manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan
maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
- Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
- Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
- Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
- Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
- Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulanya, utk perkembangan kanak2
yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari pelbagai
sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn
Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam
(kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet
harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA
No comments:
Post a Comment