Kita semua memang sukai makanan.
Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi
tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak,
dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada
beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1.
Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia.
Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390
kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan
lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan
kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk
yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
Fakta: Nasi lemak tidak berkolesterol!
2.
Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa
yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau
anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch,
dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di
treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
… bayangkan kalau berlari di
treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…
3.
Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630
kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur
serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori
tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih
segenggam tangan.
4.
Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak
nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.
Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais
krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5.
Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly
semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu
hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili,
mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
6.
Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan.
Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti
dengan mee sup, baru 380 kalori.
7.
Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan
bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak
sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau
dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari
alternatif lain(rebus, panggang dll)
8.
Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya
kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber
kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah
lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa
mengandungi dalam 60kcal.
9.
Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka
roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim
dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh
cuba roti wholemeal.
6 Donut mengandungi dalam 1200kcal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa
mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …
10.
Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360
kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar.
Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan
ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan
dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak
lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil
itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan
tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
Credit Kevin zahari
No comments:
Post a Comment