Friday, June 21, 2013

Gemuk Air



Secara istilahnya, ia digelar retensi air yang berpunca apabila kadar sodium di dalam badan terlalu tinggi dan tubuh tidak berupaya untuk mengeluarkannya.
Akibatnya, badan berasa amat letih kerana kandu­ngan cecair yang berlebihan itu yang boleh menyebabkan masalah kegemukan atau obesiti. 

Selain obesiti, pengambilan sodium berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Namun begitu, sodium masih diperlukan untuk membentuk elektrolit dalam badan. Cara mudah untuk anda mengenali masalah gemuk air apabila anda merasai bahagian badan seakan-akan lembik dan beralun. 


Jika ada kesan seperti itu, anda seharusnya mengurang­kan pengambilan makanan yang terlalu tinggi kandungan garam dan masam, kemudian tingkatkan pengambilan air. 



Memang benar retensi air ini berpunca daripada air itu sendiri tetapi fungsi lain air adalah untuk membersihkan toksin dan menyingkirkan cecair terperangkap dalam tisu badan serta membersih­kan buah pinggang.
Lebihkan makanan berserat yang kaya kalsium dan magnesium untuk mengawal jumlah kandungan air di dalam badan. Sebaiknya, banyakkan pengambilan makanan vitamin B kerana jenis makanan ini turut membantu menyingkirkan lebihan air dalam badan.

Sumber dari sini


No comments:

Post a Comment