Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.
Vitamin B kompleks adalah merupakan
gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin
Setiap komponen dalam vitamin B
kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan
tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah
dan mampu mencegah anemia.
Kekurangan vitamin B kompleks boleh
melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan
lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan
sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain tiu, kekurangan vitamin B
kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori.
Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan
menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang
konsentrasi dan mudah tersinggung
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan
berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada
kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata,
kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan
fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel
genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan
protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan
perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK
KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK
ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di
rambut.
4. Membantu meningkatkan
konsentrasi.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK
IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan
dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah
rendah).
credit : Tariniwati Badron
Shaklee Independent
Distributor
ID NO - 888554
Page Fb - yuyaisihat
watsapp / msg / call /
016 – 3237822
* Produk ini
bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang
penyakit
No comments:
Post a Comment