Untuk membezakan orang berjaya dan orang gagal adalah, orang yang 
berjaya ada senarai impian atau WISH LIST!...Itulah antara pesanan 
Dr.Azizan Osmana masa dalam IMKK sesi kali ini. So, let us check..duduk 
diam-diam, lebih baik lepas SolatDhuha pagi ni..kita terus senaraikan 
101 impian kita..
 Ini adalah perkara paling pertama kita kena 
buat. Masa nak tulis impian ni nanti, tak perlu risau tentang roadblock 
kita ke...tembok kita ke.. kolam ke...Itu semua nanti citer lain, yang 
penting kita hidup mesti ada impian!..Impian kita masing-masing tak 
sama, tapi pointnya sama je saya rasa..Nak rezeki yang banyak atau nak 
kaya, nak berjaya, nak bahagia, nak hidup sihat dan nak hidup yang di 
berkati. 
 Tapi, jangan lupa, segala impian tu mestilah tulis 
dengan specific, ada ciri-cirinya.Tak nak tulis yang general 
ok..Contohnya kalau nak kaya mesti ada amountnya, RM 10 ribu ke, RM 100 
ribu ke.Dan, set date untuk kita capai apa yang kita impikan 
itu.Maksudnya, kalau nak kereta BMW, bila kita nak? Tapi jangan la set 
yang tak logik..macam nak bulan depan ke..Buat date yang logik lah 
ye....
 Tulis sebanyak-banyaknya impian kita tu, seboleh-bolehnya 
101 impian kata Dr. Azizan..jangan kurang, tapi kalau ada lebih lagi 
bagus..Ingat, Allah sangat suka kita meminta-minta padaNya.Allah 
sentiasa menunggu submission kita kerana Allah ingin menunjukkan 
kekuasaanNya!..Bukankah ALLAH MAHA BERKUASA?..Jadi, tak ada masalah kita
 boleh mintak apa saja..The sky is the limit!..Allah tak pernah kata, 
kita kena limitkan permintaan kita..Kalau yang kerja clerk tu, tak boleh
 mintak lebih-lebih..Tak!..Allah tak pernah kata macam tu. Ingat ye, 
kita jangan hadkan imaginasi kita!..Kita jangan ingat macamana Allah nak
 bagi...Itu semua kerja Allah, ALLAH MAHA KAYA...Allah hanya tunggu kita
 meminta dan merayu padaNya, kerana ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI!...
 Malu?....
 Nak mintak dengan Allah pun malu? Ada orang malu nak mintak sebab dia 
kata dia banyak buat dosa selama ni...Dia rasa Allah tak sayang dia, 
Allah pasti tak akan bagi apa yang dia mintak...Siapa yang ingat macam 
tu? 
 Hihihiii...saya lah tu..dulu pikir macam tu, takkan aku yang banyak dosa ni Allah nak perkenankan doa kita? Kan?..
 Salahhhhhh!!!.............
 ALLAH MAHA PENYANYANG.....Allah memang nak bagi!!..Serius, 
percayalah...ALLAH bukan Maha Pendendam macam kita..Orang buat salah 
sikit, sampai bila-bila pun tak nak cakap dah..tak nak tengok muka 
dah..tak nak kawan dah..dah benci!..Dah niat tak akan dimaafkan sampai 
bila-bila...Itu sifat siapa?...Itu sifat manusia,manusia yang 
hina!!...Allah tak macam tu, ALLAH MAHA PENGAMPUN!..Siapa yang buat 
dosa, bertaubatlah...Solat taubat, dan merayu pada Allah supaya dosa 
kita diampunkan...Bersangka baiklah dengan Allah...ALLAH MAHA PENGASIH 
DAN PENYAYANG..Ya Rahman, Ya Rahim.....
 Rupanya bila saya mula 
bersangka baik dengan ALLAH, segalanya berubah!...Memang betul-betul 
Allah akan makbulkan apa saja yang kita mintak...Sama ada cepat atau 
lambat saja..Takpe, tapi memang dah tahu..dalam list kita tu nanti..kita
 akan potong satu persatu, menandakan kita dah dapat!...Best 
tauu....This is amazing experience!..Kami dah merasanya..Kami dah start 
menulis lepas keluar IMKK 2010. Alhamdulillah, terima kasih ye Doc..Ilmu
 ni sangat-sangat bermakna kepada kami...Kalau tak tulis memang tak tau 
macamana nikmatnya bila kita dapat nampak apa yang kita mintak tu Allah 
beri...beri..beri...satu per satu!..
 Tapi, kenapa kena tulis?... Tak boleh ke kalau tak tulis?
 Kalau kita doa macam dulu-dulu mak ayah, ustazah kita ajar saja tak 
cukup ke?..Boleh..tak ada masalah, cuma...tulis dulu, then lepas tu 
nanti kita doa lah macam biasa..tak ada masalah...Bukan apa, bila tulis 
tu macam submission untuk Allah tahu apa yang sebenarnya kita 
nak..Selagi tak tulis, selagi dalam bayangan kita saja..Itu macam 
angan-angan saja..Mentor saya cakap, angan-angan kalau tak ditulis, ia 
akan jadi angan-angan mat jenin...Tapi kalau angan-angan tu ditulis, ia 
menjadi IMPIAN...
 Lagi satu, bila kita tulis tu...kita akan 
nampak segala permintaan kita akan Allah tunaikan..Jadi, kita akan mula 
bersyukur..kita akan sedar bahawa, wow banyaknya Allah dah beri pada 
kita..Kalau kita tak tulis, Allah perkenankan jugak doa..Cuma, kita tak 
boleh nampak dah apa yang Allah beri..lama-lama kita lupa..Bermaksud, 
takut kita semakin lupa tentang kekuasaan Allah..takut, kita semakin 
lupa tentang kasih sayang Allah pada kita..Bila tulis, kita boleh tengok
 balik..apa yang Allah dah bagi kita 3 tahun lepas..Kalau yang dah 5 
tahun tulis, of course dah 1 buku wish list dia..Mesti dah banyak yang 
dia dah dapat..Dari situ, akan datangnya rasa bersyukur terhadap nikmat 
yang Allah dah berikan kepada kita..
 Dari situ, kita akan nampak 
betapa banyaknya impian kita yang dah dikabulkan Allah...Dari situlah 
kita akan rasa bersyukur..bersyukur..bersyukur...
 Ada limit tak permintaan kita?..
 Syaratnya, tulis saja apa yang kita fikir kita nak..Tak payah limitkan 
permintaan kita..DON'T LIMIT YOUR IMAGINATION!..Jangan fikir, aku ni 
exec biasa je...takkan nak mintak income 20 ribu? Tak ada masalah, 
mintak saja..Tak payah pikir macamana Allah nak bagi..Itu semua kerja 
Allah!..ALLAH MAHA KAYA, Dia taulah nak buat macamana, Dia tau lah jalan
 mana yang dia nak bagi kat kita..Yang terbaik untuk kita..Mungkin 20 
ribu tu bukan dalam bentuk gaji, tapi dia buka jalan untuk berbisnes 
ke?..
 Whatever jalannya lah...kita tak payah pikir...ALLAH MAHA 
MENGETAHUI...Yakin padaNya...Dia MAHA PENCIPTA ALAM, takkan permintaaan 
kita yang sekecik itu pun Allah tak boleh bagi?..Jadi, tak ada masalah 
kita boleh mintak apa saja..The sky is the limit!.. Percayalah, 
yakinlah..Kerana, Allah hanya akan beri kepada kita yang yakin pada 
kasih sayangNya, yakin dengan kekuasaanNya..yakin pada kewujudanNya..
 WALLAHU'ALAM...
No comments:
Post a Comment