METABOLISMA BADAN!
 
 Menarik kn topik malam ni? Nak tahu lebih pasal metabolisma badan? Ok, jom kita pergi satu per satu mengenai metabolisma:
 
 1) Sejauh manakah kecekapan badan anda menukar makronutrien kepada 
tenaga (kalori). Itu adalah metabolisma, proses pembakaran kalori. 
lelaki mempunyai metabolisma lebih tinggi dari wanita. So lelaki 
mempunyai keupayan membakar kalori lebih tinggi dari wanita.
 
 2)
 Proses metabolisma berlaku setiap saat. Walaupun anda sedang tidur. Ini
 bermakna proses pembakaran kalori berlaku setiap detik.
 
 3) Sel
 otot membakar lebih kalori dari sel lemak. 2.2kg otot dapat membakar 
kalori sebanyak 3kali ganda lebih tinggi dari 2.2kg lemak. Point disini 
menunjukkan workout dapat membantu anda membakar lebih kalori.
 
 
4) Proses metabolisma memerlukan air yang banyak. Kekurangan air akan 
menyebabkan metabolisma menurun. Kajian menunjukkan seseorang minum 8 
gelas air kosong sehari dapat membakar lebih kalori berbanding orang 
yang minum 4 gelas sehari.
 
 5) Vitamin B Komplek dapat membantu 
sel meningkatkan metabolisma. Dalamkebanyakkan minuman bertenaga, unsur 
dalam vitamin B dimasukkan sekali agar ia membantu anda meningkatkan 
metabolisma.
 
 6) Kaffein juga dapat meningkatkan metabolisma. 
Kajian menunjukkan minum satu gelas coffee sebelum workout dapat 
meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan pembakaran kalori.
 
 
7) Makan 4-5 kali sehari dapat mengaktifkan kadar metabolisma diri. 3 
makanan utama (breakfast, lunch & dinner) dan masukkan 2 hidangan 
kecil antara makanan utama.
 
 8) Protein lebih sukar dicernakan 
berbanding karbohidrat dan lemak. Jadi pengambilan protein yang tinggi 
dapat meningkatkan metabolisma badan.
 
 9) Elakkan 'crash 
diet'...crash diet adalah diet yang diambil kurang dari 1000kcal sehari.
 Ia memang berjaya menurunkan berat badan namun penurunan itu berpunca 
dari jisim otot. Ia akan menurunkan kadar metabolisma diri anda. 
Seterusnya anda mudah mengalami peningkatan berat badan kembali jika 
terlebih mengambil kalori.
 
 10) Cara terbaik meningkatkan 
metabolisma adalah membuat aktiviti yang membakar kalori. Bina otot 
dengan workout dan kekalkan kehidupan yang aktif. Lagi banyak 
pergerakkan anda, lagi tinggi pembakaran kalori diri anda
credit  https://www.facebook.com/Fitbbm
Zura Shaklee Independent Distributor - 888554 watsapp / msg / call / 016 - 3237822 PAge:http://www.facebook.com/yuyaisihat "Menukar Jenama Boleh MEngubah Hidup Anda" Kini, Pilihan Di Tangan Anda! Shaklee membawa Total Wellness Connection yang menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat dan kebebasan kewangan Penghantaran secara COD sekitar PUTRAJAYA / SEMENYEH / BERANANG dan kawasan sewaktu dengan nya. PErkhidmatan pos laju untuk seluruh malaysia.
No comments:
Post a Comment