Mungkin ini
merupakan suatu yang biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang dan ada juga yang
menganggap ianya tidak memberi apa-apa kesan pada diri mereka.
Namun hakikatnya, ramai orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang ada menetapkan matlamat mereka. Mereka memang ada 'target' tersendiri apa yang mereka ingin capai.
Kolonel Sounders iaitu individu yang mencipta resepi KFC telah mencapai cita-citanya ketika berumur 72 tahun! Sedangkan beliau menetapkan matlamatnya ketika berusia 65 tahun sahaja.
Arnold Schwarzenegger menjuarai pertandingan bina badan profesional dalam 'Joe Weider's Olympia Weekend' ketika hanya berumur 22 tahun.
Pertandingan ini diadakan setiap tahun oleh International Federation of BodyBuilding & Fitness. Bila Arnold tetapkan matlamatnya...?? pada usia 16 tahun lagi..!
Kita dapat lihat perbezaannya keduanya hanyalah cepat atau lambat mereka menetapkan matlamat mereka. Di negara kita pun kita boleh lihat siapa yang mencapai kejayaan ketika muda dan siapa pula yang mencapai kejayaan ketika sudah sedikit berusia.
Dengan kata lain semakin anda cepat menetapkan matlamat, insyaALLAH semakin cepat anda mampu meraih apa yang diimpikan.
Tuliskan matlamat anda...!
Jangan biarkan impian atau matlamat kita hanya bermain di fikiran kita sahaja. Kalau tak ditulis pasti akan lupa lama kelamaan dan kita tiada fokus untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh.

Tak mengapa kalau tak ditulis, tapi jika ditulis pasti ianya sangat membantu kita. Lebih-lebih lagi apabila matlamat kita itu kita hasilkan dalam bentuk visual seperti lukisan atau pun gambar serta kita bayangkan pula apa yang kita inginkan itu.
Prof. Muhaya juga ada menulis di dalam bukunya 'Celik Mata & Jiwa' :
"Tulis skrip matlamat kehidupan yang kita inginkan. Setiap hari kita membaca skrip kehidupan ini dan minda segar akan menangkapinya dan dengan sendiri kita telah mencipta satu target yang mesti kita capai maka ianya akan meningkatkan semangat kita untuk belajar."
Ada juga kata-kata yang menarik dari facebook Prof. mengenai matlamat: "Jika kita menulis matlamat hidup kemumngkinan besar akan berjaya. JIka kita tidak pernah fikir apa matlamat hidup bagaimana mendapat kehidupan yang bahagia dan membahagiakan"
No comments:
Post a Comment