Tuesday, March 25, 2014

soy protein



Kenapa mesti pilih soy protein?
1.     Hampir dekat dengan protein dari haiwan (dalam segi content)
2.     Mengandungi phytoestrogen, sterol tumbuhan yang boleh meniru hormone estrogen
3.     Meransang sintesis otot
4.     Nilai PDCAAS yang tinggi; antara 0.92 – 0.99
* PDCAAS (Protein Digestibility-Corrected Amino Acid Score) adalah kaedah untuk menilai kualiti protein berdasarkan keperluan badan manusia dan keupayaannya untuk mencerna. Nilai teringgi untuk PDCAAS adalah = 1
* Ambik protein banyak² tapi kalau tak dapat dicernakan oleh badan tak guna jugak kan, so pencernaan yang mudah adalah kelebihan soy protein ni!

Apa gunanya soy protein ni?

1.     Muscle Gain
·         ni untuk badan mantap dan kemas
2.     Pengurangan berat badan
·         meningkatkan rasa kenyang & penuh
·         mengekalkan jisim otot especially waktu slimming
3.     Kesihatan secara am
·         Menurunkan LDL (kolesterol jahat) tanpa menurunkan kadar HDL (kolesterol baik)
·         Menjaga kesihatan jantung
4.     Meningkatkan sistem imun

Bagi yang dah pernah tengok; korang perasan tak yang kat tong tu tulis ‘Soy Protein Isolate Powder’. Kenapa isolate bukan concentrate macam kebanyakkan protein powder kat pasaran?
Inilah jawapannya;
Isolate à mengandungi lebih daripada 90% protein
Concentrate à mengandungi antara 30% - 85% protein sahaja
And protein yang bagus/elok/complete adalah protein yang mengandungi 9 asid amino perlu iaitu;
·         Histidine
·         Isoleucine
·         Leucine
·         Lysine
·         Methionine
·         Phenylalanine
·         Threonine
·         Tryptophan
·         Valine
Okay sekarang tengok lak kat label ESP ni...ada tak semua yang list kat atas ni?



Ada kan???? Jadinya elok tak ESP ni? Sila jawab sendiri ye. Bukti dah ada depan mata!
Okay sekarang nak list pulak study/kajian yang dah dibuat tentang soy protein ni (tak best lah gebang itu ini kalau takde study kan..)
·         Dalam program 16 minggu, wanita yang sudah menopause dibekalkan 70mg isoflavones setiap hari. Hasilnya; wanita yang ambik isoflavones ni lagi tinggi sistem imunnya. Soy supplement ni dah boost T-cell punya aktiviti.
* T-cells ni adalah jenis sel² darah putih (dari kumpulan lymphocytes) yang jadi first responder terhadap jangkitan
·         FDA Amerika (1999) &  JHCI (Joint Health Claim Initiative, UK, 2002) luluskan health claim "mengambil sekurang-kurangnya 25g protein soya setiap hari, sebagai sebahagian daripada diet yang rendah lemak tepu , boleh membantu mengurangkan paras kolesterol darah "
·         Pada tahun 1994, (Law MR, Wald NJ & Thompson SG) membuat kesimpulan bahawa secara purata setiap pengurangan 1% dalam paras kolesterol bersamaan dengan pengurangan 2% dalam risiko penyakit jantung koronari. Menggunakan anggaran daripada kajian ini, penurunan  kolesterol sebanyak 0.22mmol / l (8 mg / dl) boleh mengakibatkan pengurangan risiko penyakit jantung sebanyak 10%. Yang menariknya dikala manakala protein soya ketara mengurangkan jumlah LDL (kolesterol jahat), HDL (kolesterol baik)  terbukti berjaya dikekalkan..yeayyy
·         2011, artikel yang diterbitkan dalam Frontiers in Bioscience’ melaporkan yang soy isoflavones secara sederhana boleh mengurangkan gejala hot flashes & kehilangan kepadatan mineral tulang akibat daripada menopause.
Kalau aku nak listkan semua kajian pasal ni, mau muntah darah korang nak membaca kan. So aku amik point² penting je (tu pun dah technical sangat aku rasa).

Maka orang kampung semua, pada...
yang nak sihat; ESP
* Lengkap dengan semua asid amino yang badan kita perlukan
* Menyokong sistem imun
* Mengalakkan kesihatan payudara, jantung & prostat
* Membantu mereka yang bermasalah gastrik
yang nak cantik; ESP
* Membantu pembinaan kulit, rambut dan kuku yang sihat
* Membantu memejalkan punggung
* Membantu menggebukan kulit
yang nak slim; ESP
* Rendah lemak
* Bebas kolesterol
* Memberi tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar

Selain tu, ESP amat sesuai sebagai milk booster bagi ibu² yang menyusu, membantu penyembuhan luka, memudarkan kesan jerawat dan banyak lagi...

credit to chantekanggun



Thursday, March 13, 2014

ESP KENYANG LEBIH lama

minum ESP KENYANG LEBIH lama ++ sesuai utk WEIGHT MANAGEMENT.. 





Hakikatnya memang ya.. sbb ESP ni LOW GLICEMIC INDEX (GI).

Kaitannya.. dari kajian ESP.. makanan LOW GI menyebabkan perlepasan insulin secara sedikit2.. so..

♡♡gula dlm darah stabil
♡♡org kencing manis xhyper @ xhipo xmenentu.. means terkawal
♡♡ bila tenaga y dilepaskan dlm kawalan.. rasa kenyang lebih lama..
♡♡ nafsu pemakanan kita pun terkawal.. jadi.. xlah makan dgn banyak..






untuk detail apa itu indeks Glisemik boleh rujuk di http://doknorm.blogspot.com/





Nak join kelab diet 
jom 
zura 
016-3237822
Nak join group side income saya kurus dan wang silakan
sanggat dialu-alukan


Wednesday, March 12, 2014

TETAPKAN MATLAMAT



Mungkin ini merupakan suatu yang biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang dan ada juga yang menganggap ianya tidak memberi apa-apa kesan pada diri mereka.

Namun hakikatnya, ramai orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang ada menetapkan matlamat mereka. Mereka memang ada 'target' tersendiri apa yang mereka ingin capai.

Kolonel Sounders iaitu individu yang mencipta resepi KFC telah mencapai cita-citanya ketika berumur 72 tahun! Sedangkan beliau menetapkan matlamatnya ketika berusia 65 tahun sahaja.

Arnold Schwarzenegger menjuarai pertandingan bina badan profesional dalam 'Joe Weider's Olympia Weekend' ketika hanya berumur 22 tahun.

Pertandingan ini diadakan setiap tahun oleh International Federation of BodyBuilding & Fitness. Bila Arnold tetapkan matlamatnya...?? pada usia 16 tahun lagi..!

Kita dapat lihat perbezaannya keduanya hanyalah cepat atau lambat mereka menetapkan matlamat mereka. Di negara kita pun kita boleh lihat siapa yang mencapai kejayaan ketika muda dan siapa pula yang mencapai kejayaan ketika sudah sedikit berusia.

Dengan kata lain semakin anda cepat menetapkan matlamat, insyaALLAH semakin cepat anda mampu meraih apa yang diimpikan.

Tuliskan matlamat anda...!
Jangan biarkan impian atau matlamat kita hanya bermain di fikiran kita sahaja. Kalau tak ditulis pasti akan lupa lama kelamaan dan kita tiada fokus untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh.

Tak mengapa kalau tak ditulis, tapi jika ditulis pasti ianya sangat membantu kita. Lebih-lebih lagi apabila matlamat kita itu kita hasilkan dalam bentuk visual seperti lukisan atau pun gambar serta kita bayangkan pula apa yang kita inginkan itu.

Prof. Muhaya juga ada menulis di dalam bukunya 'Celik Mata & Jiwa' :
"Tulis skrip matlamat kehidupan yang kita inginkan. Setiap hari kita membaca skrip kehidupan ini dan minda segar akan menangkapinya dan dengan sendiri kita telah mencipta satu target yang mesti kita capai maka ianya akan meningkatkan semangat kita untuk belajar."

Ada juga kata-kata yang menarik dari facebook Prof. mengenai matlamat: "Jika kita menulis matlamat hidup kemumngkinan besar akan berjaya. JIka kita tidak pernah fikir apa matlamat hidup bagaimana mendapat kehidupan yang bahagia dan membahagiakan"

Tuesday, March 11, 2014

RAWATAN KANSER



Mitos Mengenai Kanser & Makanan Tambahan

• Mitos #1
"Vitamin menggalakkan sel kanser"
Menahan daripada memberikan nutrisi tambahan sama seperti membunuh pesakit untuk menyelamatkannya dari kanser.
Satu-satunya cara adalah dengan merencatkan sel kanser dengan menahan glukosa (karbohidrat) dan memastikan tubuh sentiasa alkali.
Sel normal menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak untuk tenaga.
Sel kanser HANYA menggunakan glukosa (karbohidrat) dan memerlukan keadaan berasid untuk memetabolismakan glukosa tersebut.

STRATEGI MELAWAN KANSER YANG TEPAT

Memastikan paras gula dalam darah rendah
Memastikan darah bersifat alkali (Alfalfa Shaklee dan sayur-sayuran)
Gula, daging, dan produk tenusu membuatkan darah bersifat asid

• Mitos #2
"Vitamin mengganggu ubat kimo"

Tiada kajian klinikal yang berkualiti pernah membuktikan nutrisi tambahan mengganggu proses terapi kimo.
Sebagai langkah berjaga-jaga, hentikan pengambilan supplement antioksida 2 hari sebelum kimo dan 2 hari selepas kimo. (Hanya antioksidan, supplement lain boleh diteruskan pengambilan)
Ubat kimo dicipta untuk keluar meninggalkan badan secepat mungkin setelah memusnahkan sel.
Tempoh sementara antara rawatan kimo diperlukan untuk sel normal pulih.

Kesan Sampingan Terapi Kimo

Terapi kimo akan memusnahkan sel tubuh yang berkembang tanpa memilih.
Memberi kesan terhadap rambut, permukaan saluran penghadaman, dan sum-sum tulang.
Menyebabkan penyakit kulit dan kudis di dalam mulut
Kesan sampingan terhadap sistem penghadaman adalah loya, muntah, dan kehilangan air.
Kimo menyebabkan kerosakan otak-"otak kimo"

Sesetengah ubat memberi kesan buruk terhadap darah, merosakkan platelet, neurotrofil, dan limfosit. Kesemuanya penting untuk sistem imun.

Produk Untuk Menangani Isu Pencernaan

Untuk loya - Stomach Soothing Complex (Peppermint Ginger Plus - Malaysia)
Terhidrasi - Performance
Optiflora (USA) untuk mengembalikan probiotik yang penting
EZ Gest (USA) membekalkan kesemua enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencernakan lemak, protein, karbohidrat, dan lain-lain jika diperlukan.

Kebimbangan Terbesar.. Kerosakan Sum-Sum Tulang

Sum-sum tulang adalah simpanan sel stem untuk untuk kesemua sel darah (sel stem adalah sel yang boleh menjadi kesemua jenis sel)
Platelet (untuk pembekuan / henti luka), neutrofil & limfosit (sel-sel putih)
Sel darah mempunyai jangka hayat dari beberapa minggu kepada beberapa bulan, jadi ia perlu sentiasa diganti.
Penukaran sel stem kepada sel darah memerlukan pembahagian sel, oleh itu, ubat kimo yang pelbagai berpotensi merosakkan sel stem.
Ini punca mengapa jumlah darah sering menurun bila menggunakan ubat kimo.
Adalah sangat kritikal untuk memberi nutrisi yang diperlukan sum-sum tulang untuk menggantikan sel darah putih dan platelet darah.
Protein (ESP) - Kritikal untuk memastikan paras kalori dan protein mencukupi
Vitaliser (USA) - Membekalkan sum-sum tulang yang sihat dengan Vita-C, Vita-E, Zinc, B-Complex, Caratomax, dan Vita-lea
Nutriferon - merangsang pengeluaran interferon - yang mana menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan lebih banyak sel imun. (ini sangat kritikal)

Bagaimana Dengan Sel Darah Merah

Sel darah merah kurang terkesan berbanding sel darah putih dan platelet, tetapi anemia juga adalah satu masalah
B-Complex - sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
Zat Besi dan Vita-C - kadangkala diperlukan
Tetapi situasi yang paling mengancam nyawa berlaku bila sistem imun menjadi lemah disebabkan kehilangan sel darah putih.
Pesakit boleh kalah kepada jangkitan daripada kulat, bakteria, yis, dan lain-lain.
Ataupun mengalami pendarahan dalaman atau stroke kesan daripada kehilangan platelet.
Sistem imun sangat kritikal dalam melawan sel kanser.

Pengambilan Lemak Jahat Boleh Menjadi Punca Kanser

Kurangkan lemak tidak baik - banyakkan lemak baik.
Eicosenoid adalah bahan seakan hormon yang mengawal tumbesaran sel.
Eicosenoid tidak baik datang dari lemak tidak baik iaitu lemak omega-6, lemak tepu dan lemak trans - lemak ini dijumpai dalam makan bergoreng, makanan seperti kerepek, snek rangup. keropok, makanan dipanggang yang diperbuat dengan minyak sayuran seperti minyak saf, minyak jagung, minyak bunga matahari dll, makanan berproses (makanan dengan bahan pengawet), kuah salad, lembu / kambing / ayam yang diberi jagung untuk menggemukkan mereka.
Eicosenoid baik datang dari lemak baik omega-3 dari sumber ikan laut dalam - Omega Guard
Lemak Asid Omega-3 : Omega Guard
Lemak asid omega-3 tambahan - untuk mengurangkan eicosenoid tak baik yang merangsang perkembangan sel kanser.
Lemak asid omega-3 : menghasilkan eicosenoid "baik" yang merencat perkembangan kanser
Lemak asid omega-6 : menghasilkan eicosenoid "tak baik" yang meransang perkembangan kanser
Lemak tepu dan lemak trans juga mungkin merangsang perkembangan sel kanse
Kawal Gula Dan Karbohidrat

Sel kanser hanya bergantung kepada glukosa untuk berkembang
Sel kanser berkembang aktif dalam keadaan berasid
Oleh itu pastikan gula dalam darah sentiasa rendah. ( Tak boleh gula pasir, makanan ringan berkanji )
Makan protein tanpa lemak / kulit dan sayur-sayuran
Alkalikan badan dengan Alfalfa dan sayur-sayuran
Detoks Darah Dan Hati
Ubat terapi kimo adalah beracun
Ia direka untuk menyerang sararannya dan kemudian meninggalkan badan dalam tempoh beberapa hari.
Bantu detox / cuci hati dengan DTX Complex
Tujuan Terapi Kimo

Keberkesanan terapi kimo berkadar terus dengan jumlah rawatan yang boleh diberikan untuk membasmi sel kanser.
Jika pesakit menjadi terlalu lemah, jika jumlah sel darah putih terlalu rendah, rawatan mesti dihentikan.
Matlamatnya adalah untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan kuat sebolehnya semasa rawatan supaya jumlah terapi kimo yang maksimum boleh dilakukan.
Kerana itu amat penting untuk menguatkan sel normal diantara rawatan terapi kimo.

Apa Sel Normal Perlukan Untuk Pulih Selepas Rawatan Terapi Kimo

Nutrisi yang diperlukan sel normal - Vita-Lea
Baikpulih sel normal yang rosak - Vivix dan Protein ESP
Cinch / Energizing Soy / Meal Shakes - Tidak kisah yang mana anda guna atau suka, adalah sangat penting untuk memastikan paras protein dan kalori sentiasa tinggi.
Nutrisi untuk imuniti - Nutriferon, Vitalea, Carotomax (Previtamin A, mengawal pengembangan sel)
Nutrisi Tambahan
Defend and Resist Echinacea (USA sahaja)
Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun.
Terapi Radiasi
Biasanya diberi setiap hari
Elakkan supplement antioksidan supaya ia tidak melindungi sel kanser dari terapi radiasi (Vitamin C, E, Carotomax - caretanoid, flavonoid, Vivix, Cinch (Shake dan Tea), Meal Shakes, Vita-lea, kerana terdapat antioksidan )
Tetapi ambil supplement yang bukan antioksidan seperti Nutriferon, B-Complex, ESP, Zinc, Optiflora (USA)

Untuk Disemak - Pelajaran "Bawa ke Rumah"
Tiada kajian klinikal menunjukkan samada supplement mengganggu terapi kimo
Kerana ketidakpastian tersebut maka langkah berjaga-jaga adalah tindakan bijak ketika ubat kimo sedang berada dalam tubuh badan. Jadi kita menghentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas terapi kimo, kerana ubat kimo akan meninggalkan badan dalam tempoh 24-48 jam.
Kemudian supplement tersebut boleh diambil semula terutama Vivix untuk membantu sel normal pulih semula diantaraa kitaran rawatan kimo agar lebih banyak terapi kimo boleh diberikan.
Kajian Klinikal Membuktikan Supplement Boleh Meningkatkan Kualiti Kesihatan Semasa Terapi Kimo

Untuk Disemak - Ketika Terapi Kimo
Hentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas kimo.
Antioksidan seperti Vitamin C, E, Carotomax, Flavomax, Vitalea, Cinch, Meal Shakes, Vivix.
Teruskan pengambilan Nutriferon, Optiflora, B-Complex, ESP, dan Zinc Complex
Vitamin B tidak digalakkan ketika mengambil methotrexate dan dadah berkaitan - bincang dengan doktor
Antioksidan hendaklah dielakkan ketika rawatan radiasi

Pandangan Professor
Terapi kimo adalah "masa terbaik dan masa paling teruk"
Masa terbaik kerana ia menawarkan penyembuhan ajaib
Masa paling teruk kerana ia mengenakan kesan teruk pada sel normal dalam tubuh kita.
Langkah berhemah untuk menyokong sel normal kita sambil meminimumkan gangguan terhadap rawatan terapi kimo memungkinkan:
Meminimumkan kesan sampingan dan meningkatkan kualiti kesihatan serta hidup
memaksimumkan jumlah terapi kimo yang boleh diberikan