Thursday, November 28, 2013

Closing shaklee

Bismillah

Salam JUmaat arini dah last day untuk closing shaklee untuk november...
Sejak join shaklee terlalu banyak pekara yang saya telah belajar...sedang belajar... tentang shaklee... tentang ilmu kesihatan... ambik tahu berkenaan kesihatan....
yang paling saya rasa sayang sangat dengan group jutawan shaklee nie ialah... belajar mengejar dunia dan akhirat...
BElajar mengejar dunia mencari rezeki umpama hiduo didunia ini seribu tahun lagi...
BElajar menjemput rezeki umpama esok saya sudah tiada...
Terlalu banyak laaa.... tak tahu nak luah macam mana...
Terima kasih y allah makbulkan doa saya untuk hati tenang dan dapat menambahkan rezeki untuk saya membantu keluarga saya keluar dari masalah ekonomi saya..
MEmula join main redah aje... jumpa blog upline saya... msg trus register... pas register baru tahu mlm...
Alamak MLM kene selalu keluar cari orang....
Alamak MLM kene selalu balik lewat sebab g meeting tiap malam...mampos laki aku memekak....
Alamak MLM kene duk push orang beli produk kita...
Alamak MLM kene paksa orang duk jadi ahli dengan kita
Alamak banyak nya masalah
Alamak upline jauh macam mana nie...
Alamak rupa nye SHAKLEE si sebalik alamak tak begitu...
Terlalu banyak perbezaan
Group kami tak penah nak paksa-paksa customer suh beli barang
Group kami tak pernah paksa-paksa customer suh join ahli
Group kami tak pernah suh g meting tiap malam kat luar... tingal anak tinggal laki...
TIdak yea...tidak....
sanggat sronok keluarga besar jutawan shaklee saya nie...
PAstu g seminar shaklee siap boleh bawa pelapis kecil lagi k
Sesi makan n pecambahan ilmu

hari keluarga group mommy zura betty

hari keluarga di Port Dikson

Majlis meraikan Zura Betty menjadi master... Aku mesti macam nie jugak ujung tahun depan

Ramai kan pelapis kuih lapis yang MOmmy bawa untuk didik dari awal


Sronok sanggat 
TERIMA KASIH YA ALLAH KURNIKAN SAYA KELUARGA BESAR YANG SANGGAT PENYAYANG...
sEKARANG SAYA DAH DAPAT RAMAI SEDARA N KAKAK YANG SANGAT BAIK DAN ADIK YANG SANGAT MEMBANTU TAK LUPA JUGA ANAK-ANAK YANG BELUMBA-LUMBA NAK MEMBANTU EKONOMI KELUARGA

Akhir kata, sekiranya berminat untuk join ahli keluarga besar kami, dan ingin meningkatkan ekonomi keluarga anda jom sertai Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ emailnbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat
 






Kolestrol

Salam 

Arini nak update crite pasal kolestrol...
Baru-baru nie ade buat pemeriksaan kesihatan di opis....
oooooooo sungguh indah result pemeriksaan kesihatan ku...
Nampak Puan zura nie kurus... berat dah cukup n tinggi dah ok...
Tapi kolestrol pun tinggi jugak... nie mesti bedal telo goreng tiap ari tanpa gagal nie... orang dah pesan yang kuning tak usah makan...degil...nie laa padahnya...
Kawan yang sebelah pun sama arap kurus melidi tapi kolestrol tingg... punca makan mc donald seminggu 4 kali tanpa gagal... yelah mcd anta depan pintu umah nie laa padah nya.... ambik ko jah... yang sorang nak jimat ...yang sorang lagi malas masak ....ambik trime padahnya....
Alamak gggggggg...... menakutkan... 
Tetiba ade membe kongsi dalam facebook dia...
tengah-tengah rancak makan sate kawan dia tetiba fengsan tak sedarkan diri...
Sampai hospital dah meninggal... cek punya cek...
KOlestrol tinggi.... orangnye kecik comel ajee....
 

Tak kenak maka tak cinta....meh kita becinta-cinta
 
Siapakah Encik Kolestrol??
Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Senarai Makanan Yang Tinggi Kolestrol

1)Kuning telur
2)Santan
3)Daging Ayam Berlemak
4)Daging Lembu Berlemak
5)Daging Kambing Berlemak
6)Ikan Bilis
7)Sotong
8)Udang
9)Kerang
10) Telur Burung Puyuh
11)Belut
12)Mentega/Butter
13)Belut
14)Susu Penuh Krim

Senarai Makanan Rendah Kolestrol

1) Dada Ayam
2)Ikan sungai (patin,kelah,lampam,puyu)
3)Putih Telur
4)Susu Tanpa Lemak
5)Buah-buahan
6)Sayur-sayuran
Senarai Makanan Yang Menurunkan Kolestrol
1) Belimbing
2)Anggur merah
3) Air asam jawa
4)Jus lemon
5)Jus limau nipis
6)Gingko Biloba (cari kat farmasi)
7)Minyak ikan Omega 3 (cari kat farmasi)
8)Madu Lebah Asli
9)Quaker Oat
10)Roti Gandum Penuh
11)Bawang Putih
12)Minyak zaitun
13)Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara)
14)Yogurt

Cara Menurunkan Kolestrol

1)Bersenam
2) Pilih makanan yang berserat tinggi
Jika sebelum ini biasa makan nasi lemak waktu pagi, tukar dengan bersarapan roti gandum. Sebab ianya berserat tinggi dan boleh turunkan kolestrol.
3)Pilih ikan daripada daging
Kalau ke kedai makan, jangan pandang daging yer..Kalau sebelum ni selalu makan gulai daging, tukar menu kepada gulai ikan…
4) Banyakkan meminum air suam berbanding air manis(teh ais, kordial n etc.)

credit to mama wafi

itu dulu-dulu sekarang saya sudah sihat

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.

OPTION 1 : Vitamin C, GLA , Lecitin (basic)
OPTION 2: LECITIN ,VITAMIN E, VITA C (jika ada budget lebih sikit)

Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah
Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.


Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol


GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.


Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.

Produk yang terbaru memang sudah terbukti membantu jantung lebih sihat jelita

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap
   pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
   dalam darah



Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822 @ emailnbm_zura@yahoo.com ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Wednesday, November 27, 2013

:: Apa itu Collagen? ::

Uolls faham ke apa itu collagen? Sana sini byk collagen dijual..promosi hebat..semuanya hebat!! Tapi??? sbnrnya MASIH RAMAI lagi yang tak tahu apa itu COLLAGEN.. m i rite?

Sebenarnya, apa benda Collagen ni?
Perkataan 'Collagen' ni asalnya dari Bahasa Yunani yang bermaksud 'pelekat'. Collagen @ Kolagen ni sebenarnya adalah sejenis protein yang terbina dari rangkaian asid amino tertentu seperti glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Ia terbina dari Hidrogen, Karbon dan Oksigen. Kira-kira 30% protein dalam badan manusia adalah kolagen.

Jenis-jenis Collagen?
Secara umum, ada 5 jenis utama collagen pada badan manusia. 90% collagen badan manusia adalah Colagen Type 1.

~Collagen Type 1 : kulit, tendon, organ, tulang
~Collagen Type 2 : kartilaj
~Collagen Type 3 : fiber pada tisu penyambung
~Collagen Type 4 : asas kepada membran sel
~Collagen Type 5 : permukaan sel, rambut dan plasenta

Sumber Kolagen untuk makanan tambahan (supplemant)?

Hari ni, collagen digunakan dalam bidang perubatan, kosmetik dan produk farmaseutikal secara meluas. Collagen sebagai makanan tambahan diperolehi dari sumber berikut:

*Haiwan darat : lembu, ayam, babi, arnab - dari kulit, organ

*Marine : Ikan - dari sisik, kulit

Kenapa Collagen ni penting?

Kolagen ni unsur yang penting dalam tisu penyambung, kulit, otot, salur darah, tulang, jantung, pundi hempedu, rambut, kuku, pundi kencing, buah pinggang dan banyak lagi.... Tugas kolagen ni sebenarnya untuk bagi kekuatan kepada struktur badan, jadi struktur badan kita ni kuat dan terhalang dari ancaman pathogen, toksin dan sel kanser.

Bayangkan rumah yang dalam pembinaan. Kolagen ni macam simen yang pegang batu bata yang disusun. Macam tu la dalam badan kita, kolagen ni memegang sel-sel dan tisu ni bersama.

Kesan kekurangan Collagen?

>Tulang - masalah osteogenesis imperfecta iaitu tulang rapuh dan mudah retak/ patah
>Kulit - menggeleber, cepat berkedut dan lapisan kulit nipis
>Otot - pergerakan regangangan otot kurang elastik
>Pemulihan luka - luka lambat bercantum dan lambat pulih

Kebaikan mengamalkan supplements Collagen
>Kulit - mengurangkan kedutan dan garis halus, menganjal dan meningkatkan kesihatan kulit
>Tulang dan otot - mengurangkan masalah sakit sendi, melancarkan pergerakan dan meningkatkan kesihatan sendi
>Pemulihan luka - Merangsang pembentukan tisu yang cepat bagi proses pemulihan luka

Bagaimana mahu memilih supplement Collagen?

>>Pilih produk kolagen yang mengandungi bahan-bahan semulajadi sahaja.
>>Supplemen Collagen yang dimakan secara oral perlu mengandungi bahan-bahan antioksidan contohnya vitamin C, vitamin E dan sebagainya
>>Saiz molekul produk mestilah kecil supaya boleh diserap oleh tubuh anda.
>>Kolagen dari sumber marin adalah 7 kali lebih baik dari kolagen dari haiwan lain seperti ayam, khinzir dan kambing

Credit; bigmilezone

YANG MANA SATU COLLAGEN IDAMAN KALBU??
Tentulah Shaklee Collagen Powder

~~~~~~
Huuuu...takut jugak sy bila sy membaca ni..alhamdulillah..sy konsisten dari bulan Mac 2013, mengambil SHAKLEE COLLAGEN POWDER yg diperbuat drpd SISIK IKAN MERAH (laut dalam).. Yelaa..bila umur meningkat tahap kolagen kite semakin menurun..tulah nnt keadaan tulang kita akn jd rapuh serapuhnya..YA ALLAH NGERI nya sy dgr..

Melalui fakta graf kolagen..peringkat umur mcm sy, 34thn..kolagen hya tinggal 20% je dlm badan..Ya Allah..biar betul kan? Apatah lg peringkat umur 50-an?.. Oohhh..tidaaaakkk!! Saya xnak mengalami kerapuhan tulang tersebut!!

Sesungguhnya COLLAGEN sgt2 PENTING dlm tubuh badan seseorang..haaa JGN PANDANG REMEH tau...

Apa yg sy dpt?.. Alhamdulillah SHAKLEE COLLAGEN POWDER mmg SANGAT2 BANYAK MERUBAH KEHIDUPAN PERSONALITI sy..syukur..syukur..sy TIDAK TERLEWAT..DAN TIDAK SALAH MEMILIH...

APA LG YG DITUNGGU?? uolls nak ke TULANG UOLLS RAPUH NNT??.. huhuhu..

Collagen oh Collagen...
Terima kasih SHAKLEE sbb keluarkan COLLAGEN POWDER yg TERBAEEKKKK dr ladang!!

Natural... Safe..Green..

Inginkan Yang Terbaik
Zura - 016-3237822

Thursday, November 21, 2013

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.




1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.