Soalan
Salam..saya seorang ibu kepada 2 orang anak..kelahiran anak pertama normal dan kelahiran anak kedua adalah pembedahan..sekarang anak kedua saya telah berumur 7 bulan..saya nk bertanya kepada ahli panel,apakah komplikasi yg akan berlaku jika saya mengandung untuk kali ketiga dan ingin bersalin secara normal.Adakah jahitan pembedahan yg lama berkemungkinan akan terkoyak semula ataupun sy selamat untuk bersalin normal??
Jawapan
Salam.Terima kasih di atas soalan yang diberikan.
Jika seseorang yang telah bersalin dengan caesarean/C-section(bersalin secara pembedahan),dia mempunyai peluang untuk bersalin secara normal .Dalam bahasa inggeris,ia dipanggil ”Vaginal birth after cesarean(VBAC)”
Namun begitu tidak semua yang sudah melalui c-section boleh melakukan VBAC.Pelbagai perkara perlu dipertimbang sebelum melalukan VBAC.
Siapakah yang SESUAI untuk melakukan VBAC?

Siapakah yang TIDAK SESUAI untuk melakukan VBAC?
Kelebihan VBAC
Berdasarkan US centers for disease control(CDC),C-section tergolong dalam pembedahan major abdomen yang mempunyai kadar komplikasi ,kemasukan semula ibu selepas bersalin ke hospital serta komplikasi yang memerlukan bayi dimasukkan ke ICU yang tinggi.
Sebarang jangkitan penyakit dan kehilangan darah dapat dielakkan jika melakukan VBAC.
Risiko VBAC
Apakah yang perlu anda lakukan jika VBAC adalah pilihan anda?
1. Belajar tentang VBAC-ambil kelas berkaitan bersalin secara VBAC,termasuk pasangan anda jika boleh.Selain itu ,bincang perkara berkaitan dengan doctor anda.Pastikan doctor anda mempunyai maklumat kesihatan anda,termasuklah rekod tentang c-section sebelum ini dan sebarang prosedur yang pernah dilakukan pada rahim anda.
2. Pastikan kesihatan diri dijaga-.Ambil diet yang sihat, mengamalkan aktiviti fizikal yang sesuai dan mendapat rehat yang secukupnya.
3. Pastikan pusat kesihatan anda tersedia sepanjang waktu hamil anda-pengawasan secara terperinci dapat mengurangkan sebarang komplikasi.
4. Pilih hospital yang lengkap dengan segala peralatan-Cari hospital yang mempunyai segala kelengkapan untuk mengawasi bayi anda secara berterusan,pasukan pembedahan yang dapat bertindak dengan cepat,dan berkebolehan untuk memberi bius dan pemindahan darah 24 jam .
5. Jika boleh,beri peluang untuk bersalin secara normal-ubat untuk membantu proses bersalin sebolehnya dielakkan,ini untuk mengelakkan dari berlakunya risiko rahim terkoyak terutama jika cerviks masih ketat dan belum sedia untuk bersalin.
6. Bersedia untuk sebarang kemungkinan C-section –terdapat segelintir wanita hamil atau wanita bersalin memerlukan C-section walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersalin secara normal.Sebagai contoh,jika wanita tersebut mendapat preeclampsia atau sebarang komplikasi ,masalah dengan uri atau tali pusat,bayi dalam keadaan songsang,proses bersalin gagal atau bayi dalam perut tidak tahan kontraksi semasa kelahiran.
SUMBER DARI - http://cyberclinics.org
No comments:
Post a Comment