Thursday, December 10, 2015

Kegemukan dari perspektif berbeza

1. Ini antara video 'favorite' saya ketika menyampaikan ceramah atau ketika mengendalikan kelas diet dan healthy living (Klik Video). Kita sering memandang kegemukan dari segi luaran, namun seringkali terlepas pandang apa yang berlaku di DALAM BADAN. Untuk tujuan pos ini, saya hanya kecilkan skop kepada kesihatan jantung dan arteri (salur darah).

2. Jantung berfungsi untuk menghantar darah beroksigen ke seluruh bahagian tubuh badan yang memerlukan. Oksigen penting dalam proses respirasi sel (penukaran zat makanan kepada tenaga). Tanpa oksigen, badan tidak boleh menjana tenaga yang diperlukan secara normal.

3. Masalah timbul apabila jantung gagal menjalankan fungsinya dalam menghantar darah beroksigen ke seluruh badan. Hal ini terjadi apabila salur darah (arteri) mula menyempit disebabkan oleh 2 sebab.

4. Pertama, penebalan dinding arteri dengan lemak. Implikasinya, hanya sedikit sahaja darah beroksigen yang berjaya dihantar dalam satu-satu masa.

5. Kedua, tisu adipos di sekitar kawasan visceral mula mendominasi ruang badan dan menghimpit salur darah serta organ-organ dalaman yang lain (contohnya, jantung).

6. Bagi mengatasi masalah ini, jantung perlu bekerja dengan lebih keras dalam menghantar darah beroksigen—situasi yang mana menyebabkan degupan jantung mampu meningkat menghampiri paras maksima meskipun aktiviti fizikal yang dilakukan tidaklah berintensiti tinggi mana.

7. Salur darah yang sempit dengan aliran darah yang laju juga menyebabkan tekanan pada salur darah meningkat (hukum Pascal berkenaan tekanan). Situasi ini dikenali sebagai hypertensi atau ‘tekanan darah tinggi’. Hal ini amatlah berbahaya jika tidak diatasi kerana mampu menjurus kepada masalah lain seperti serangan jantung dan stroke.

8. Justeru, latihan untuk meningkatkan daya tahan jantung amatlah penting dalam memastikan situasi di atas dapat dicegah. Sebagai contoh, melakukan aktiviti aerobik seperti berjalan kaki pantas, berjogging, menaiki step, atau berbasikal pada kadar sekitar 70% dari kadar denyut maksimum selama 15-20 minit tanpa henti, sekurang-kurangnya 2 ke 3 kali seminggu.

9. Untuk mengetahui bagaimana menentukan kadar denyut nadi untuk objektif yang berbeza ketika bersenam, rujuk artikel berikut: http://sususejat.com/kadar-denyutan-nadi-dan-proses-bakar-…/



www.sususejat.com

Sunday, February 8, 2015

Vitamin c shaklee 500mg yang pintar




Betul memang bagus dan sangat hebat Vitamin C 1000 mg. Akak faham semua orang nak cantik cepat, nak kulit cerah, sihat berseri. Nak telan 1000mg terus betul?

Jom kita ingat balik sifat Vitamin C. Vitamin larut air. Bila kita makan Vitamin C, badan kita akan serap apa yang sempat dan diperlukan pada masa itu.

Yang lain-lain ke mana?
Keluar/flush out ke dalam air kecing. Katakan kita beli Vitamin C 1000mg RM1. 10 sen diserap dalam badan, lagi 90 sen keluar ke dalam air kencing. Wow! Mahal betul air kencing tu. Boleh guna balik? Tak kan?

Kenapa Shaklee sediakan Vitamin C 500mg?
Keistimewaan Vitamin C yang tidak boleh ditandingi dengan Vitamin C lain adalah dengan adanya kebolehan SISTEM SUSTAINED RELEASED. Apa faedah sistem ini?
Dengan sistem ini, hanya 100mg Vitamin C akan dilepaskan dari tablet setiap sejam. Lapisan demi lapisan Vitamin C diurai dan dilepaskan. Badan akan serap 100mg setiap jam. Jadi satu tablet akan meyediakan 100mg selama 5 jam.
Katakan kita nak lebih Vitamin C. Nak kulit cantik kan..atau masa kita dalam keadaan kurang sihat. Kita boleh amik 2 tablet Vitamin 2 setiap 5 jam. 200mg vitamin c akan dilepaskan dalam badan kita selama 5 jam.
Haaa..Cerdik ke bijak?
Maka air kencing kita tidak la diperkaya dengan Vitamin C.
Oleh itu, saya menyeru. Buat lah pilihan yang bijaksana lagi cerdik pandai. Pastikan nilai untuk setiap wang anda.
Berapa harga sebiji Vitamin C Shaklee?
Tak sampai RM1 pun.
Sebotol 180 tablet.
*Special lagi, ia bukan bersumber dari oren. Tapi dari extrak jagung. Oleh itu ia sesuai untuk semua dan tak perlu risau diserang gastrik.
Ada ditambah BIOFLAVONOID tau..jadi penyerapan Vitamin C lebih efficient.

credit https://www.facebook.com/mummymaira


untuk mendapatkannya boleh call saya zura 016-3237822
Page Fb https://www.facebook.com/Yuyaisihat
APa yang percuma?????